Malam tadi macam biasa Ayah takde gi ngaji. Abang pulak tidur awal, lebih kurang jam 8.00 camtu. Penangan ubat batuk agaknya.
Si adik tu sebenarnya memang dah ngantuk tapi sengaja Mama biarkan sampai dia sendiri mintak nak tido. Sementara tu Mama buat la kerja2 tang tak pernah habis tu.
Last2 adik mengalah juga. Susukan dia, kejap je dah lena. Sangat lega bila anak2 dah tidur sebab Mama boleh teryskan buat kerja2 rumah. Malam minggu kan, tidur lewat pun tak kisah sangat.
Maka malam tadi jalankan projek melipat kain yang membukit tu. Dah lama nak lipat tapi asyik terlena bersama anak2. Cane tu? Nak salahkan saoe ty? Nasib baiklah dapat suami jenis memahami dan tak kisah. Syukur..
Start melipat jam 10.00 malam, siap jam 2.00 pagi. Hihi. Sila jangan bayangkan setinggi mana gunung yang Mama kikis semalam. Hihi.. Ngam2 selesai projek, Ayah pun balik. Ayah pun eran Mama tak tido lagi.
Eh, selama 4 jam projek uruskan hal kain tu bukan la melipat semata2. Sebenarnya termasuk menyusun atur semula almari baju anak2. Baju Bunyamin yang dah sendat tu Mama asingkan simpan dalam kotak.
Kita reserved untuk next baby. Cewah macam ada je. Hihi. Bukan apa, baju Bunyamin banyak sangat kot. Kan mewarisi baju2 abangnya. Rimas Mama sampai tak muat drawer. Simpan separuh baru sedap sikit mata menengoknya. Lagipun dah sendat kesian pulak nak bagi pakai lagi. Dah la baju warisan. Hihi. Tapi tu pun masih banyak jugak lagi baju2nya.
Pas setel melabel drawer (senang orang kain nak ambik), mata masih belum boleh lelap. Online kejap. Tak lama pun sebab Bunyamin dah merengek nak susu. Terus off lappy dan tidur dengan Bunyamin.
Pagi tadi Ayah ada urusan luar. Menguruskan sesuatu yang dah lama kami nantikan. Moga dipermudahkan semuanya. Abang ikut Ayah. Tinggal Mama dan adik saja. Basuh kain, sarapan berdua, mandi, pastu adik dah merengek ngantuk. Tidokan dia dengan Mama2 sekali zzz...
Dah mula kerja ni mata memang mudah je tlelap. Kalo ari kerja tu memang susah nak dapat buat extra kerja. Maknanya cuma sempat buat yang wajib2 je. Konon nak lipat kain la nak kemas rumah la ape la sume kelaut sebab biasanya mesti akan tido sekali dengan anak2.
Tadi pun sedar2 Ayah dan abang dah balik. Mama bangun, si kecik tu pun ikut sama bangun la jawabnya. Sidai kain yang basuh tadi, lunch, solat. Pastu tidokan abang pulak. Adik memang baru bangun je.
Pastu wat projek iron baju kerja Mama Ayah dan baju sekolah abang untuk seminggu. Sekarang ni memang Mama iron baju untuk seminggu sebab bila ari kerja tak perlu fikir pasal baju dah. Dulu2 ada jugak iron banyak2 tapi ikut mood je. Kalau rajin dan anak2 pun ok, iron la banyak2. Kalo tak, iron untuk 2, 3 ari je dulu.
Dah lama sket kawen, anak pun dah 2, semakin biasa la dengan rutin harian kan. Petang ni plan nak gi tengok sesuatu tapi Ayah dan adik tido. Nampak macam tak jadi je. Huhu. Takpela esok masih ada, insya-Allah..
Itulah cerita hari minggu kami.. ;)
0 comments:
Post a Comment