Tidaklah dugaan sehebat mana, cuma rasa penat dengan kerja2 yang tak pernah berpenghujung. Kerja di rumah dan kerja di sekolah. Memang la takkan habis. Nak tunggu habis, tunggu mati jela kan. ;)
Minggu lepas kena gi taklimat. Penat terkejar2 sebab taklimat mula jam 2.00 petang. Mana la sempat nak ambik anak, balik rumah ambik keperluan, hantar anak2 rumah Tok Abah mintak tolong Achik Anna jaga, mandi, solat, berkejar ke tempat taklimat. Sume tu berlaku dalam masa sejam je. Sempat ke? Maka tiba lewat la sikit di tempat taklimat. Dah la Zohor masuk lambat. Tak sensitif langsung penganjur ni..
Belum masuk ada program sekolah ari Selasa petang. Pun sama terkejar2. Ada plan nak hantar anak2 mintak Achik Anna jaga juga tapi bila fikir punya fikir, congak punya congak memang tak sempat nak sampai on time maka angkut jela dua2 anak teruna tu. Last2 kena duk mengawal anak2 jela kerja Mama..
Selalunya camtu la, bila minggu ni sibuk, fikir2 dan berharap2 agar minggu depan takde la sibuk sangat. Takde maknanya! Makin sibuk ada la.
Semalam sepatutnya orang lain gi meeting, mama terpaksa gantikan sebab dia ada masalah peribadi. Tak plan dari awal maka Mama memang tak siapkan beg baju anak2. Maka berkejar2 la Mama dari sekolah - balik rumah ambik abang yang tak sekolah sebab batuk - ambik adik - hantar rumah Tok Abah - mandi - solat - terus keluar balik.
Sampai tempat meeting jam 2.10 pm. Meeting sepatutnya jam 2.00 pm. Sekali lagi tah pape punya timing. Kelam kabut macam nak naik bot dibuatnya. Tapi last2 sekali tuan rumah bagitau dorang nak buat jam 3.00 pm tapi PPD yang wat surat jam 2.00 pm. pfff...sabo jela..
Tu cerita semalam. Arini lebih huru hara lagi ke sana ke sini Mama ni ha. Tu pun kensel gi pejabat pos, kalau tak tambah lagi 1 agenda. Dari sekolah singgah nak amik adik tapi panggil2 pengasuhnya tak nyahut2 pastu Mama balik rumah ambik baju dulu, ambik abang kemudian gi ambik adik semula. Rupanya pengasuhnya solat tadi.
Pastu hanta anak2 rumah Tok Abah, Mama mandi, dah solat siap2 di sekolah tadi, terus keluar balik ada 1Murid 1Sukan. Tadi terpaksa balik lewat sket sebab ada kerja perlu diselesaikan. Masa sekolah rasa padat gila dengan kerja. Meja kerja pun selerak dengan kerja2 yang belum selesai. Dalam masa yang sama kerja hakiki iaitu mengajo bebudak perlu diutamakan. Nak buat bahan bantu mengajar pun kena selit2 masa. pfff...
Bukan mengeluh. Sekadar coretan luahan isi hati. Bila dah luah rasa ringan sikit kepala ni. Ini tanggungjawab Mama. Sendiri yang pilih kerjaya ni kan. Kalau tanak terima cabaran dan dugaan, awal2 lagi jangan pilih jalan ni. Duk je rumah layan anak2. hihi.
Ok, tu je nak pot pet untuk arini...
0 comments:
Post a Comment