♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, August 22, 2013

CINTA

Cinta..
ada apa dengan cinta..
bukan nak membahaskan tajuk ceritera Indonesia itu..
cuma terfikir2 hebatnya kuasa cinta..

Cinta yang agung tentulah hanya buat yang Maha Esa..
cinta hakiki membawa ke mati..

Cinta sesama manusia..
jika diturutkan adakalanya bisa membakar sukma..
bukan nak kata muda remaja saja yang asyik dengan cinta
kadang2 tua bangka pun kemaruknya lain macam
macam tak pernah merasa pahit manis cinta

Bila yang tua2 ni buat perangai melibatkan cinta
buruk sangat rasanya
macam budak2 pulak sikapnya..
aneh..
dengan semua orang nak bermusuh
siapa yang tak setuju dengannya
dialah yang dipilih menjadi musuh

Bermasam muka pun takpe
asal diri sendiri dapat merasa asyiknya bercinta
dahlah bercinta dengan tuan badan yang sudah berpunya
peliknya lah rasa..

Bila diri menjadi dambaan
memang la rasa terbang2 di awan..
tapi bila sudah tidak diperlukan
sendiri yang meroyan..
habis dengan semua orang nak bermasam muka
semua orang salah sebab mendoakan pengakhiran derita buatnya
peliknya la..
sendiri salah tak rasa ke?

Ini kisah bukan aku yang punya
sekadar meluahkan keanehan yang melanda
tanda akhir zaman sudah kita
ramai lagi yang available yang tu jugak yang didamba
hebat sangatkah dia?

Moga diri tidak diuji sebegitu
tabahnya hati si isteri Allah saja yang tahu
andai aku belum tentu begitu..

Didoakan agar tidak terleka dengan cinta
syukurlah dengan apa yang ada
terima seadanya kelebihan dan kekurangan di dia..


 

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥