Tapi kelakarnya beliau pelat nak sebut nama sendiri.
Jadi Abang Bun anin.
Sampai dah jadi panggilan pulak sebutan Bun anin tu.
Tapi memang beliau terus lekat dengan panggilan tersebut.
Ada jugak hari-harinya "ni bukan Abang Bun anin, ni Adik"
Pulak dah..
Gitu la kerenah si kecik yang tak berapa nak kecik tapi baru nak jadi abang.
Sebenarnya Bunyamin ni memang suka tantrum.
Ada je tak kena.
Adakalanya baik2 saja.
Bukannya benda besar2 pun jadi punca.
Cuma bila nak dapat adik ni, makin menjadi2 pulak tantrum tu.
Kadang2 jeles dengan Abang.
Apa Abang ada, itulah yang dia nak.
Abang pun bukanlah besar mana untuk sentiasa beralah kan.
Selalu jugak kena lepuk dengan Abang.
Pastu bila Bunyamin nangis, situasi bertukar macam dia tak bersalah.
Kesian Abang.. huhu..
Tiap2 hari ada saja benda yang nak diamukkan.
Balik je dari rumah pengasuh, masuk je kereta, tantrum bermula.
Nak naik kereta sendiri, nak babai Opah, nak duduk tengah,
nak off aircond sendiri, nak makan itu, nak rebut ini.
Macam2 kerenah.
Bila sampai rumah, Mama kena bukakkan pintu.
Kalau orang lain, merasa laa dengar amukannya.
Dia kena tutup pagar, tak boleh orang lain.
Apa dia nak mesti diturutkan.
Kesabaran penuh di dada sangat ke Mama kamu nak ikutkan saja kehendak kamu?
Eiii.. bukan jenis Mama laa nak turutkan saja SEMUA kemahuan anak.
Melampau2 sangat, kena jugak la dengan Mama.
Kalau nak suruh apa2, kena suruh dia.
Ambil remote control ke, ambil bantal ke, tutup kipas ke, apa2 jela.
Kalau suruh Abang.. siap laa dengar dendangan amukannya.
Penatnya Mama dengan kerenah Bunyamin ni.
Abang.. alhamdulillah tak banyak masalah.
Sejak dah sekolah (pra sekolah dengan Mama), Abang mudah diuruskan.
Mungkin sebab Abang dah besar dan faham bahasa lebih sikit daripada adik.
Kalau dulu susah tidur, sekarang senang sangat2.
Balik sekolah, mandi, bagi susu botol, tidurlah dia.
Malam pun sama.
Walau dah tidur petang tu, malam pun Abang masih senang nak tidur.
Alhamdulillah.. Mama syukur bab peel Abang.
Kadang2 memang laa buat perangai jugak.
Tapi tidaklah macam Bunyamin; HARI2 buat perangai.
Mama harap dapat bertahan dengan kerenah anak2.
Selalu pujuk hati bahawa ini semua sementara cuma.
Nanti anak2 makin dewasa, pasti Mama rindu semua ini.
Maka sekarang silalah nikmati apa adanya.. huhu.. #nanges
Maaflah entri tidak bergambar.
Malas nak transfer.
Harap bertabah dengan alasan itu. hihi..
6 comments:
biase mcm tu la kan...bile tau nak jadi abang atau kakak, siap laa ade peel sikit hehehehe...nak manje2 tuuu sbelum adik keluar...yg penting kite jgn marah tapi tegur elok2...nanti down plak die.....
Abang nak membiasakan diri ada adik yg akan lahir tu ;)
cakap elok2 masa dia dah cool je boleh..
masa dia tantrum tu apa pun x jalan..
nak dukung bawak jalan2 luar, memang x larat.
kadang2 biar je sampai dia penat.
lama2 berenti sendiri.
elok je mcm xde apa2 berlaku tadi.
pffttt....
anak no 2 mmg cam tu .. my girl pun sama .. ngamuk je kejanye ... haaiihhh
Ena dh try ckp2 dgn bunyamin masa dia tidur (separuh sedar)? Bacakan ayat2 pelembut hati & kata2 nasihat...insya Allah...
Post a Comment