♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Tuesday, November 24, 2009

Kenapa Wanita Sangat Istimewa?

TIDAK SEORANG PUN YG PERNAH MENEMUI HARGA SEBUAH KEHIDUPAN TETAPI APA YG PENTING KITA HARUS MEMBUATKAN KEHIDUPAN ITU BERHARGA......

Sedang menonton tv, seraya Mama berkata :

"Mama letih laa..dah lewat ni, nak tidolah.."

Mama pun pergi ke dapur nak tutup tingkap, nanti masuk pulak lipas..leceh pulak nanti..dah tu, ada pulak rice cooker dalam sinki...rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak..lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi..check air panas dalam flusk...takut habis pulak nanti malam anak nak susu..memang dah kering pun flusk nie..jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong...salin gula..check bubur anak nak hantar ke taska esok...nasib baik ada lagi..ishh..nilauk bila ni, semalam...dah beku dah..basuh la kejap..pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh..penat dah ni, besok jela basuh..sidai kain lap je lah..tik..bunyi air dah masak...salin air dalam flusk..ok settle...

baru teringat tak semayang lagi..on da way nak gi bilik, papa tengok tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check..baju 2 pasang, towel, towel kecik untuk selsema, calamine lotion untuk sapu ruam..pampers 4 keping..alamak, terlupa pulak masukkan botol...basuh botol jap..ok settle..

ternampak pulak beg gi keje...emm..besok nak pakai beg polo coklatlah..asik2 pakai beg hitam ni je..salin jap barang2 gi beg coklat..cek sume 6 poket beg, takut la tertinggal apa2..lece pulak..selalunya barang yang tinggal tu la yang nak pakai pun..hishh sempit la beg ni..hangin je..nak kena beli baru ni..rasanya 25hb ni Sogo sale ni..mana flyers tadi ek..ha ni dia..ok,catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle..

Tetiba dengar suara Papa.. "Mama buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..." Mama jawab.. "Yela nak tido la ni..semayang jap.."

Masuk toilet dulu buat apa2 yang patut..cuci muka dulu..2 jenis lak tu...gosok gigi..semayang..pakai toner..pakai treatment cream..nak lawa and maintain punya pasal la ni..nanti orang kata baru anak satu dah macam anak empat pulak..huhuuhu...

bukak almari..emm..pakai baju hijau ni lah esok...gosok kejao..check baju Papa, baju Papa pun kena gosok jugak nie...kat blik belakang...la, nape kompiter tak tutup ni, gelas kopi pun ada lagi..dah bersemut dah..ishh..gi dapur, basuh, sambung gosok baju..gantung elok2..kemaskan baju gantung2..masukkan seluar Papa yang dah kotor dalam raga baju kotor...ok settle...

Dengar suara Papa lagi..."Papa dah ngantuk ni.."

Dalam pada nak masuk bilik..owh..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram..ok, siram jap..check jap pintu ni..sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup, ni kalau tak check ni senang2 je mat indon masuk rompak rumah aku..bukak lampu luar..ni mainan sepah2..masukkan la dalam bakul mainan budak ni..banyaknya sampai bawaj meja makan pun ada..adoi..ok dah...

ok dah boleh baring...adoiii sakitnya pinggang... cium si comel ni kejap... selimutkan dia... la, napa basah ni.. emm,tukar laa pampers ni... tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la.. nanti gi Sogo 25hb ni beli la skali... ok sayang tido k... kalau boleh jangan la bangun tengah malam ni ok...tido sampai pagi k... gud nite, sweet dreams...

aaahhh...sedapnya dapat baring... mana pulak lotion sapu kurus aku ni... ha, ni dia... sambil sapu lotion kurus..setkan program keja besok... pagi kul 9.30 ada meeting... ahh boring... panas pulak lotion ni.. dah la.. emm...sedapnya lelapkan mata... Ya Allah, terima kasih untuk rezekiMu hari ni... mohon keberkatan dariMu Allah...

Papa pun bangun tutup tv... "Papa dah ngantuk sangat ni... nak tidolah... citer pun tak best malam ni, bola pun takde..." selang seminit... dengar suara Papa berkeruh... dah agak dah...

So,apa yang peliknya? Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?

SEBAB ADA BANYAK KERJA NAK KENA BUAT...

tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥