Niat mama ingin menyusukan iman dengan susu mama
sekurang-kurangnya 2 tahun
atau lebih...
setiap hari mama pam susu untuk simpanan
kegunaan masa akan datang
mama sentiasa berdoa kepada Allah
semoga mama dapat berikan anugerah Allah ini
untuk iman
seberapa lama yang mama mampu
walaupun penat...
walaupun sedih...
walaupun tertekan...
mama tetap akan mendakap iman
di dalam tidur
dan di dalam jaga
demi kebaikan iman
mama tekad meneruskan penyusuan untuk iman
kerana mama tahu susu mama adalah yang terbaik buat iman
dengan harapan
setiap titis susu mama
yang telah mama halalkan
akan menjadi darah daging yang baik
semoga iman sentiasa mengingati mama
walaupun mungkin satu hari nanti
ada insan lain akan berada di sebelah iman
walaupun mungkin satu hari nanti
bukan mama yang akan mendakap iman
mama berdoa
walaupun bukan mama lagi di sebelah iman
moga mama sentiasa di hati iman
berada dekat di hati iman
ni la antara stok susu mama
untuk anakanda mama
ahmad iman bukhari...
0 comments:
Post a Comment