♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, February 14, 2010

Jalan-Jalan Gua Kelam


Kali ni cerita iman jalan-jalan lagi
ke negeri Indera Kayangan pula
nak ambil barang Cik Ana di maktabnya

bertolak ke Perlis seawal jam 5 pagi
kebetulan cuti Tahun Baru Cina
jadinya kenderaan sangat banyak di atas jalan

tiba di Perlis jam 8 pagi
selepas sarapan bergerak ke Gua Kelam


.: iman dan Mama :.


.: iman dan Ayah :.


iman seperti biasa
tetap tersenyum riang


.: iman bersama Mama & Ayah :.


masuk gua...
jalan-jalan kejap di taman rekreasinya
panjat bukit bagai
keluar gua...


.: iman bersama Mak Njang, Cik Ana & Pak Su :.


.: muka fresh sebab baru sampai :.

destinasi seterusnya
tentulah
'shopping time'
di Padang Besar...

lama juga di sana
sampai dah lenguh-lenguh kaki
baru la rasa nak balik
orang pun sangat ramai...

Ayah iman nak merasa
ikan bakar special
di Perlis

Cik Ana cakap ada di
Kuala Perlis

jadi kami pun buang masa la
sambil nak tunggu
time kedai bukak
petang-petang sikit

tak larat tunggu
akhirnya buat keputusan
makan ikan bakar di
Kuala Kedah

solat Maghrib & Isya' di
Masjid Al-Bukhari
masjid iman kah???

Insya-Allah...
iman belajar pandai-pandai ye
nanti dewasa jadi anak soleh
insan berjaya dunia akhirat
taat Mama & Ayah
boleh bina masjid sendiri...

betolak pulang dengan
muka tikus
sebab dah keletihan
sepanjang hari bercuti-cuti Malaysia...

.: muka keletihan :.


.: iman yang comel tetap tersenyum walau kepenatan :.


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥