♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Saturday, May 29, 2010

Apa Yang Anda Rasa Bila....

Salam semua...

arini Mama nak cerita 1 kisah yang tak dapat nak klasifikasikan sebagai apa
sedih ke marah ke kecewa ke...
tah la...

camni ceritanya...
arini kan cuti sempena hari wesak
Mama pun meluangkan masa seharian di rumah nenek iman
dekat aje rumah nenek dengan rumah kami
bak kata orang kalau kentut ada warna pun boleh nampak warnanya...

iman seperti biasa bermain dengan pakcik2nya (adik2 ayah)...
Mama ke dapur tengok2 apa2 yang boleh ditolong
tiba2 Mama ternampak botol susu iman yang Mama simpan susu perahan dah berderet kat sinki
Mama baru teringat memang ada 3-4 botol susu perahan Mama simpan kat rumah nenek
sebab kadang2 iman 'dikidnap' oleh pakcik2nya ke rumah nenek
jadinya Mama saja tinggalkan bekalan susu iman di rumah nenek

Mama pun lega la sebab iman diberi susu badan juga walaupun Mama datang kemudian daripada iman
Mama pun tanya la kat nenek sama ada iman diberi susu perahan tersebut

tiba2 nenek jawab
"separuh mak bagi, separuh mak buang sebab takut tak boleh minum dah"...

dalam hati Mama
"hahhhh??? buang????"
terkezut Mama bukan kepalang

tapi demi menjaga hati ibu mertuaku
kupaksakan juga diriku ini tersenyum kelat macam teh kelat untuk orang sembelit

aduyaiii....bayangkanlah perasaan Mama
susah payah Mama pam susu setiap hari
walau hasilnya sikit Mama bersyukur
semudah itu ke nak buang susu Mama

sebab tu lah Mama selalu keberatan
bila ayah suruh Mama hantar iman ke rumah nenek
ketika waktu2 pengasuh iman ada urusan
sebab ni lah...
takut menyusahkan ibu mertuaku
sebab nak handle susu perahan bukan macam buat susu tepung
sebab di dalam susu ibu punya sel hidup dan nutrien
yang jika tak kena cara mudah mati dan rosak
biasalah... benda berkhasiat memang susah nak handle...

takpelah...
walaupun gereemmm...
terpaksa la telan sebab hormatkan ibu mertua kan...

cuba kawan2 semua share kat sini
APA PERASAAN ANDA
bila berada dalam situasi macam saya ni?

hurmmmm.....

Yang Ini Pun Best



1 comments:

anin said... [Reply to comment]

mmg geram..anin ngn mak mentua tak ngam..susah la nak bt mak mentua mcm mak sendiri

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥