Salam sejahtera...
Akhir zaman ni macam2 bisnes internet tumbuh bagai cendawan... Ada yang telus.. Tak kurang juga yang sebaliknya. Mungkin pada awal2nya bisnes2 ni berada di platform yang benar dan telus. Tapi biasa la.. manusia.. mana pernah puas hati dengan apa yang ada. Ada jugak yang menggunakan kebijaksaan ke jalan yang salah. Hingga sanggup menganiayai orang semata2 nak untung cepat. Atau dalam kata lain.. nak kaya cepat..
Entri Mama yang INI ada Mama ulas serba sedikit tentang bisnes-nak-cepat-kaya ni. Tapi Mama pun tak pasti berapa kerat aje yang dah kaya. Yang pasti tentulah founder atau head dia yang kaya dulu dari orang bawah. Siapa join awal dia la kaya. Orang bawah ni kena la berusaha cari mangsa pulak untuk cover income dia.
Sebenarnya modus operandi diorang nie ala2 surat berantai masa zaman dulu2 la. Kita terima surat, pastu kita fotostat banyak2 then pos kat sape2 mintak dia masukkan sejumlah wang (biasanya tak sampai RM100 pun) ke dalam akaun kita. Pastu orang tuh akan panjangkan lagi surat tuh dengan meminta orang lain masukkan duit dalam akaun dia pulak. Lebih kurang sama kan?
Cuma yang berbezanya, diorang sekarang ni tak nak dedahkan cara bisnes diorang berjalan melalui di internet ni. Diorang promote aje..then kalau nak tau kena jumpa agen diorang. Mama ada jugak bersembang dengan salah sorang agen diorang.
Mulanya Mama memang kurang arif tentang bisnes sebegini. Mama nak dapatkan maklumat tentang perjalanan bisnes diorang ni camne. Tanya tuh tanya ni.. semua tiada jawapan.. Diorang punya cara memang camtu la rasanya. Sebab Mama bukan bertanya pada seorang je. Pas mama google cari info pasal ni..baru la tau bahawa bisnes nie memang tipu la.. dan tak halal dari segi syarak..
Macamana yang dikatakan tak halal tuh? Yela..bisnes yang tak jual barang.. Atau kalau jual pun..harganya amatlah tidak setaraf dengan nilaian yang sepatutnya terhadap barang tersebut. Contohnya sekotak kopi berharga RM120. Kopi apa tuh? Sesuai ke harganya?
Bisnes sebegini mensasarkan nak cari orang join..bayar harga pendaftaran sekian sekian harga.. Duit yang diberi kepada ahli (yang dikatakan income tuh) datangnya daripada mana? Dari mana syarikat dapat duit nak cover komisen ahli? Haa..kat sini pun dah buat Mama syak. Mesti la daripada duit pendaftaran ahli baru tuh. Dibahagi2 kepada orang atas dia.
Lagi 1, duit yang kita dapat tuh..walaupun pulang modal..adakah halal? Adui..sedih la Mama.. Nape la manusia ni ada akal tapi guna ke arah yang salah. Ada jugak 2,3 orang kawan Mama sendiri.. join dan dah dapat balik pon duit diorang.. Tapi adakah halal? Nak bagi anak makan ke duit tuh? Nauzubillahi min zalik...
Biasanya agen2 diorang akan buat ayat "ni alasan orang malas atau tanak usaha" bila orang nak diajak join tuh cakap takde duit nak start biz kan. Tapi bagi Mama la, kalau banyak duit pun tapi tak halal apa gunanya ye?
Mama nak ulas panjang2 pun nanti tersilap cakap pulak.
Seperti tajuk entri Mama - Duit Banyak : Bahagia Atau Derita? -
Tepuk dada tanya iman.. Fikir-fikirkanlah...
0 comments:
Post a Comment