♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, September 2, 2010

Kari Karipap




Salam sejahtera...
Salam 23 Ramadhan 1431H...

Hari nie terasa dingin dan nyaman. Angin bertipu sepoi2 bahasa aje. Cewah..nak wat karangan BM ke hape nie. Huhu...

Takde la..sesaja jerk Mama cuba try test 'menggilap' semula minat dolu2 kala yang suka mengarang ni. Lama dah rasanya tak mengarang. Rindu la pulak rasanya yer... 

Duk sesaja ni yeke sesaja..bukan ada keje ker? Mama teringat nak cerita tentang satu lagi feveret iman yang baru Mama perasan. Rupanya iman suka KARIPAP !


Just like his Mama laa... Mama dulu pun sangat suka gila babas dengan kuih karipap. Ada sesape di sini berkongsi minat dengan Mama angkat tangan !

Dulu2 masa kecik2 Mama suka sangat dengan kulit karipap inti buang..hisy..suka membazir! terutamanya bahagian kelim dia tuh. Mama buang inti dia sebab Mama tak makan pedas even tak la pedas sangat pon sebenarnya...

Bila dah besar sikit baru la Mama tak buang dah intinya. Kalo bulan Ramadhan cam skarang nie, tok abah ngan tok mama mesti beli karipap panas2 untuk Mama. Teringat masa duk kat Changkat Jering dulu, ada satu gerai ni jual karipap punya la sedap. Penjual tu ex-student tok mama pulak. Kalo beli mesti masih panas... Sekarang dah takde dah...

Lagi satu karipap yang Mama suka ialah karipap kecik tomei jerk. Memang sedap dimakan pada bulan pose. Sekarang pun dah takde...

Sekarang ni Mama dah tak bape gila sangat dah dengan kuih karipap. Bese2 aje. Diwarisi pulak oleh anakanda bucuk Mama..si iman.. Mama tak sangka pulak iman suka karipap. Time berbuka Ramadhan kali nie, wajib la ada karipap untuk iman. Kalo karipap pusing tuh boleh wat Mama pusing kepala jugak sebab iman akan makan dengan meninggalkan hasil kat lantai. Kalo karipap bese tuh ok la..

Kalo time ayah bertugas, kami akan berbuka di rumah tok mama. Sebelum tuh Mama inform awal2. Tok mama dah tau feveret cucu dia ni..so bila sampai tuh tengok2 dah tersedia la karipap iman. Iman boleh habiskan 2 bijik karipap sekali jalan. Punya la suka... ; )



Yang Ini Pun Best



2 comments:

Zaidah said... [Reply to comment]

zai n anak2 suka karipap....hari tu try buat karipap roti..jadik ..nabilah punyalah suka makan sampai habis...

Aimna Online Store IP0331321-H said... [Reply to comment]

yeke..
tula..ingat nak blaja wat karipap la..
air tangan mak lagi bagus utk anak dan keluarga kan...
; )

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥