♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Monday, September 27, 2010

Majlis Persaraan Pn Hjh Mariah, PK1 SK Jelutong 1975-2010

Salam sejahtera..
Salam pagi Isnin...


Ini adalah entri terlewat ye.. Majlis ini berlangsung pada Jumaat lepas. Dah draf tapi terpaksa postpone publish atas sebab2 tertentu. Alhamdulillah hari ni berkesempatan publish cerita ceriti sekitar majlis ini.


Jumaat lepas merupakan hari terakhir perkhidmatan Penolong Kanan Pentadbiran SK Jelutong, Pn Hjh Mariah bt Pandak Abdul Samad. Beliau akan berpencen bermula 25 September 2010 setelah berkhidmat lebih kurang 35 tahun.


Pada majlis tersebut, Mama ditugaskan sebagai jurugambar. Oleh sebab itu, gambar Mama memang takde langsung la ye. Hehe... Jom layan jela warna warni sekitar majlis..

Pn Hjh Mariah di atas pentas utama mengaminkan doa pembuka majlis

bunga rampai untuk mengiringi kepulangan yang dirai

hadiah dan cenderakasih daripada PIBG, KGKT, murid2 dan peribadi

nyanyian beramai2 istimewa buat yang dirai
lagu : sampai di sini (jamal abdillah), doa perpisahan (nasyid), pelangi petang (sudirman)

airmata perpisahan

Pn Hjh Mariah melambai2 tanda perpisahan

tak dapat menahan sebak

cikgu laki relax aje nyanyi tanpa perasaan..tah pape..hehe..

penyampaian hadiah dan cenderakasih kami buat Pn Hjh Mariah

yang dirai diarak ke kereta sambil bersalaman
beliau berhajat memberi sumbangan kepada murid2nya

ala2 kereta pengantin gitu...

hadiah yang diterima
tengok bebetul kat cermin kereta tu nampak sape???
jurugambar hanya nampak di bayangan cermin sajork..jadi la...

hari terakhir perkhidmatan seorang pendidik

dihantar oleh GB hingga ke pintu kereta

lambaian terakhir yang penuh kehibaan dalam senyuman

diiringi doa dan airmata

murid2 turut mengiringi kepulangan yang dirai


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979



Yang Ini Pun Best



1 comments:

Myzul said... [Reply to comment]

Guru..jasamu tetapku kenang

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥