♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, September 24, 2010

Jamuan Persaraan PK1 SK Jelutong

Salam sejahtera...


Hari ini merupakan hari terakhir perkhidmatan Penolong Kanan Pentadbiran kami, Pn Hjh Mariah bt Pandak Abdul Samad. Beliau akan bersara wajib mulai esok di usia 58 tahun. Ikutkan umur beliau yang bebetul adalah 60 tahun sebab mak ayahnya daftar surat lahirnya lewat. Tapi ikut ic 58 la.. 


Suasana di sekolah hari ini agak sibuk dengan persiapan majlis khas untuk beliau. Sepanjang 3 tahun Mama berkhdimat dengan beliau, beliau merupakan seorang ketua yang sporting dan sangat fleksibel. Arahannya tidak membebankan. Wajahnya sentiasa mengukir senyuman. Beliau merupakan seorang wanita cekal yang suka tersenyum dan ceria sentiasa hatta seminggu selepas pemergian arwah suaminya pun beliau masih boleh mengukir senyuman.


Selepas ini sunyilah sekolah kami tanpa suara nyaringnya lagi. Juga tanpa amanah2 yang sering beliau sampaikan di setiap perhimpunan pagi di sekolah kami. Namun begitu kami merelakan pemergian beliau walaupun ini merupakan satu kehilangan besar dalam keluarga kecil kami.


Petang Rabu lepas Kelab Guru dan Kakitangan sempat mengadakan jamuan perpisahan bersama beliau di Kamalodge Chalet, Taman Tasik Taiping. Dalam hujan kami meraikan persaraan beliau walau di hati berat melepaskan. 


Berikut merupakan gambar2 yang sempat diambil sebagai kenang-kenangan bersama beliau pada jamuan perpisahan yang lalu. Gambar2 majlis persaraan beliau pada hari ini Mama akan update kemudian sebab majlis belum bermula lagi...

semua guru SKJ ada kecuali 2 org yg terpaksa menguzurkan diri atas masalah kesihatan

menjamu selera dulu

ucapan dan amanat panjang lebar disampaikan oleh yang dirai

watikah persaraan dan sejambak bunga disampaikan oleh GB

senyuman dalam kehibaan

walaupun hanya sekuntum tapi....cantekkkkk... 

keluarga kecil kami


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥