♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, October 17, 2010

Julung-Julung Kalinya

Salam sejahtera..

Arini saja nak update pasal anakanda Mama sorang tuh. Balik sekolah Mama singgah beli eskrem hah..kantoi suka makan eskrem. Hanya Mama dan Iman sahaja berdua. Kata balik dari sekolah kan. Mama bagi Iman pegang satu untuk menenteramkan Iman. Biasa la..kalo tak bagi pegang apa2..sibuk nak itu ini..nak turun la apa la..

Dah setel bayar, masuk la dalam kereta. Mama tak sedar Iman dah makan kertas pembalut aiskrim tue. Sian pulak tengok Iman beria-ia kerjakan eskrem tuh. Mama koyakkan kertasnya dan bagi Iman pegang. Pastu Mama letak napkin kat leher Iman untuk mengelakkan terkena baju. Kang jenuh nak cuci. Pastu Mama masuk gear dan jalan balik rumah.

Rumah dekat aje dah dengan kedai tu. Semasa drive Mama sembang2 dengan Iman. Iman pun jawab macam biasa la. Mama tanya Iman baik tak arini.. dah makan ke dengan Opah.. makan apa arini.. Iman buat kakak tak..

Bila sampai kat kawasan pembinaan jalan keretapi berkembar (rumah kami dekat dengan jalan keretapi), Mama tau Iman konpem terjenguk2 bajaknya. Tapi Mama still tak pandang Iman sebab tengah drive kan. Kata pemandu berhemah.. Hua hua hua...

Sesampainya di rumah, Mama tengok2 camni dah muka Iman...

julung2 kali Iman makan eskrem

Pastu Mama gelak sakan tengok muka comot-tapi-comel Iman. Terus amek kamera yang kebetulan ada dalam beg dan snap gambar Iman. Jenuh alihkan tangannya supaya nampak muka comotnya itu. Berkali2 jugak baru la dapat snap muka comot Iman. Camni la mukanya... 

comot-tapi-comel

Sekian entri untuk arini...

Yang Ini Pun Best



3 comments:

Zaidah said... [Reply to comment]

walaupun comot tapi still comelkan iman

mamaIMAN said... [Reply to comment]

hehe..yeke..
tq tq..

bkn iman saja yg comot..
dgn car seat habis semua kena eskrem..

Tinta Ana said... [Reply to comment]

alohh..separuh muka kena eskrem.haha

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥