Salam sejahtera...
Hari nie baru Mama berkesempatan nak upload gambar2 sekitar Open House IPD Kuala Kangsar a.k.a. office Ayah. Diadakan pada hari persekolahan a.k.a. hari kerja Mama, punya la kelam kabut macam nak naik bot dibuatnya. Melompat2 Mama terkejar2 masa.
Mama minta izin balik awal sejam daripada waktu pulang yang biasa sebab majlis bermula awal. Itu kira yang paling awal Mama dapat balik disebabkan j-QAFmate Mama kan cuti bersalin, so tinggal Mama dan seorang lagi GPI je kena handle kelas dan perkara2 berkaitan. Itu pun di saat2 akhir Mama diminta print out kertas kerja program lalu. Nasib baik diorang salah maklumat. Haha..
Kami pergi dengan kereta officemate Ayah. Mama balik rumah dulu. Dalam perjalanan ke sana singgah ambik Iman. Iman tukar baju jalan dalam kereta aje.
Sampai2 sana punya la panas teriknya sebab dah kul 1 tengahari. Meriah suasana, ramai jemputan, makanan pun banyak. Meronda kiosk2 dulu survey makanan yang ado. Then Ayah suh Mama dan Iman duduk dulu sementara Ayah gi amek makanan sumer. Ada laksam, lemang dan rendang of course la, sate, roti jala, cendol.. macam2 ada..
Biasa la..bila dah lama Iman mula la nak turun main kat bawah. Dah siap makan sumer Ayah suh lepak kat officenya. Punya la best sebab ada air cond. Iman siap tido2 lagi. Mama pun rasa nak terlena jerk. Tapi takkan la nak tido lak kot kat office Ayah. Haha. Just baring nyusukan Iman. Tapi masa Mama bangun nak solat, Iman pun turut bangun.
Selesai solat Zohor kami ziarah anak Achik Ihsan Iman, Muhammad Uzair. Kejap aje di sana, terus gerak balik Taiping. Sempat singgah rumah Nenek Iman. Makan2..sembang2.. Lewat..lebih kurang kul 12 baru balik umah. Punya la penat seharian full dengan aktiviti.
blue-ish us
Mama & Iman di ofis Ayah
Ayah bersama rakan sekerjanya
pose istimewa daripada Iman
2 comments:
amboi iman, dah pandai bagi special pose, cute sgt
hehe..bese la mamasyaza..
yg sebenarnya muka boring tuh..
lama sgt melepak ofis ayah..
hehe..
Post a Comment