♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, October 3, 2010

Hujung Minggu Berdua

Salam sejahtera..

Hari nie Ahad. Hari beristirehat dan bersantai sekeluarga. Cuaca nampak OK setelah hujan je daripada malam tadi. Mama amik kesempatan sidai kain yang tak kering dek kerana hujan semalam. Hari nie ada jemputan kenduri kat Dewa Orang Ramai taman nie jugak. Hampir jam 12, tiba2 datang 2 orang kawan Ayah. Mama dah agak mesti Ayah nak kuar nie. Tapi Mama taktau pape pun. Pastu datang lagi 2 orang. Hurm...

Mama : Nak gi mana? 
Ayah : Erm..nak kuar jap..
Mama : Yela..nak gi mana?
Ayah : Kuar jap je..
Mama : Kalo Ayang yang cakap camtu bila Sayang tanya Ayang nak gi mana, macamana?
Ayah : Ayang takleh wat camtu.
Mama : Apsal?
Ayah : Sebab Sayang tanggung dosa Ayang.
Mama : Oh, disebabkan itu Ayang tak perlu tau Sayang nak gi mana?
Ayah : Gi Ipoh je..
Mama : Gi Ipoh boleh ke 'kejap'?
Ayah : Aih.. boleh haih..bukan jauh mana pon..
Mama : Erm..ikut suka la..

Huh..tensi jerk. Baru ingat nak bersantai2 sekeluarga. Kot2 la petang2 jap gi nak jalan2 zoo ke..lake garden ke.. Atau sekurang2nya pusing2 naik motor ke.. Ni kalo dah ke Ipoh konpem petang la baliknya. Nak gi kenduri pon dah malesss.. Tapi Ayah nak amek ati Mama kot..gi jugak kenduri tu sambil dengan muka slambe soh kawan dia tunggu kat umah kami.

Ayah ajak jugak Mama. Tapi dah last minute kan. Ala2 tanak ajak la tuh. Mama rasa nak rehat di rumah aje. Sebab Mama ni jenis tak suka last minute plan. Kalo nak gi dekat2 takpe. Ni nak gi jauh Mama nak kena siapkan barang Iman, telekung Mama, kain pelekat Ayah, itu ini bagai. Mesti take time sedangkan kawan Ayah dah tunggu dekat sejam dah. Takpe la..kena tinggal pun kena tinggal la..

Mama memang susah hati dengan sikap Ayah yang satu nie. Tak suka bagitau bila nak ke mana2. Tapi bila tang Mama kena bagitau detail sedetail2nya nak gi mana. Adoihh.. Memang la Ayah tanggung dosa Mama. Tapi takkan la tak percaya kat Mama. Selalunya Ayah gi mana2 memang tak inform Mama. Terutamanya kalo Ayah pegi lepas balik kerja. Means lepas kerja terus pegi, tak inform. Ini menyebabkan Ayah balik bukan pada masa yang kebiasaannya. Mama risau la kot jadik ape2. Fomfuan kan suka risau lebih. Kadang2 malam baru sampai. Penah jugak dekat Isyak baru balik. Kalau Ayah inform dulu, tak la Mama risau.

Untuk menghilangkan kebosanan yang melanda, Mama ambik gambar Iman dengan henset Mama. Iman pandai posing dah sekarang nie. Bila nak snap jerk terus sengih tunjuk giginya 14 batang..

eleleleh..men nyorok2 balik bunga lak..cam filem industan lak..hehe..

mak aih..ganazzznyerr..makan bungaaa...

pose istimewa Iman..

sengih tunjuk gigi..


Kalau Ayah baca entri Mama nie, Ayang mintak maaf erk. Sekadar meluahkan rasa terkilan Ayang aje. Rasanya dah banyak kali Ayang bagitau. Mungkin sejak zaman bercinta. Tapi Sayang tetap Sayang la. Hahaha...

Apa2 pun, kena la terima. Doa Mama sentiasa mengiringi Ayah walau ke mana kaki melangkah...


Yang Ini Pun Best



1 comments:

Tinta Ana said... [Reply to comment]

rajin sengeh plak da budak ni.ish.geram!!

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥