Salam sejahtera...
Hari ini Mama nak share sedikit info yang baru je Mama jumpa. Rupanya di Pa&Ma Online ada kalkulator tarikh bersalin. Maknanya jika anda rasa2 diri sedang mengandung tapi masih belum jumpa doktor atau belum buat buku merah kedengarannya macam Mama je tuh..hehe boleh la buat jangkaan awal kat SINI ye...
Ini hanya untuk 'jangkaan awal' je ye.. Jangan lak sampai besalin duk pegang tarikh2 seperti yang tercatat tu. Sebab adakalanya memang jangkaannya begitu tetapi mungkin masa persenyawaan tidak tepat seperti yang dijangka. Macam pengalaman Mama mengandungkan Iman dulu. Jom kita tengok...
Iman Bukhari
Tarikh haid terakhir Mama adalah pada 12.08.2008
Kalau ikut kiraan Mama dijangka bersalin pada 19.05.2009
Tapi dah overdue 10 hari masih tiada tanda2 nak bersalin
Bila scan doktor cakap due Mama adalah pada 02.06.2009
Dan pada 03.06.2009 baru Mama turun darah
Iman lahir pada 04.06.2009
Ini berlaku disebabkan haid Mama tak stabil
So masa subur Mama pun tak tetap
Oleh itu persenyawaan tidak berlaku pada 26.08.2008 seperti dalam kalendar di atas
Mungkin lewat lagi daripada tarikh tersebut...
Di bawah ini pula kalendar kiraan tarikh bersalin Iman Junior. Mama tak pasti macamana lagi. Tapi kali ini mungkin lebih mudah nak kira sebab Mama baru sekali datang haid selepas bersalinkan Iman Bukhari. Kali ini mudah pulak lekat. Dah rezeki kan... Alhamdulillah...
Iman Junior
(cewahh..buat warna pink tu menggambarkan keterujaan nak gigirl la tue..huahua...)
Itulah sedikit sebanyak pengalaman Mama...
3 comments:
Saya las abis haid pada 4.9.1211 bla kh saya akan bersalin
@Anonymous
[url=http://ivlkrwnnz.com]XfYkIB[/url] - lcimF , http://hhmgziigpu.com
Post a Comment