Terasa lamanyaaaa Mama tak update dengan bersungguh2 blog Mama ini ye. Sejak disahkan preggie nie, Mama memang tak larat je manjang. Rumah pun terabai, Iman pun makcik2 pakcik2 dia yg rajin melayan. Kain bertimbun tak berlipat. Kain kotor biasanya Ayah yang basuh. Badan terasa sangatlah beratnya...
Alhamdulillah dah bermula cuti sekolah. Baru la rasa boleh rehat lebih sedikit. Semalam di rumah kami tiada bekala elektrik. Mungkin TNB nak uruskan apa2, sebab diorang dah bagi notis minggu lepas lagi. Dan surat notis tersebut telah selamat dihancurkan oleh budak Iman ye.. Hehe..
Oleh kerana kami berdua dah macam cacing kefanasan, ditambah lagi dengan Iman yang sedang tidur, kesian la pulak Mama tengok. Maka Mama pun siap2 packing barang dan gerak balik umah Tok Abah. Walaupun badan dan kepala rasa sangatlah beratnya.
Petang itu Mama dan Iman ikut Tok Abah hantar Mak Njang, Achik Ana dan Pak Su nak gi KL naik ETS. Ala..ketapi laju tuh... Kebetulan Tok Mama ada kursus menjahit di Ipoh. Iman sangat teruja melihat ketapi dari dekat. Walaupun rumah kami dekat dengan jalan ketapi, tapi harus rajin sangat ke Mamanya nak bawak gi tengok ketapi lalu hari2. Haha.. Pernah sekali dua saja Iman tengok keretapi lalu ketika kebetulan masa tu kami baru balik dari sekolah. Eceh..sekolah la sangat ye Iman...
Sebelum ETS makcik2 dan paksu Iman sampai, ada keretapi biasa tengah landing. Iman ajak Tok Abah masuk tengok kat dalam. Bukan main lagi sukanya. Masa ketapi tu nak jalan, babai bukan main. Teruja sangat.
Masa ETS sampai, pun Iman masuk jugak. Mamanya pun join skali sebab nak merasa kan. Lebih kurang macam komuter rupanya. Tapi lajuuuu...
Ketika ETS dah nak jalan, Iman menangis2 nak ikut makcik2 dan paksunya yang kat dalam ketapi tu. Bab ni yang Mama tak suka sebab Mama pun turut menangis dalam hati bila tengok Iman camtu. Huhu.. Emosi..
Jap je.. Dah hilang ETS tu, Iman pun ok. Mama, Iman dan Tok Abah terus gerak nak amik Tok Mama pulak. Baru kat simpang nak kuar stesen ketapi tu, Mak Njang mesej kata dah sampai Batu Gajah. Haii..bedesup peginye.. Laju betoi... Tok Abah gelak jerk sebab laju sesangat ha..
Pas amik Tok Mama kami pun terus gerak balik Taiping dalam cuaca hujan lebat. Berhenti di R&R Sg Perak solat Maghrib dan teruskan perjalanan. Iman sempat mandi. Saja Mama bagi mandi siap2 sebab tengok dia dah ngantuk. Nanti kalau tidur dalam kereta, konpem tak mandi dah sampai esok. Bancuh susu siap2, tayar golek je terus Iman mintak susu dan terus lena sampai la ke Taiping.
Singgah beli nasik goreng kampung dan ambik Ayah di rumah kami, terus gerak balik rumah Tok Abah. Makan2..sembang2 sambil tengok hasil kursus Tok Mama tadi, pastu tido... Padi tadi Tok Mama ada kursus lagi di Ipoh. Tok Abah hantar dan terus tunggu je sampai petang. Mama dan Iman dah letih berjalan semalam. Oleh sebab itu kami tak ikut la ke Ipoh. Mama dan Iman terus gerak balik rumah. Sampai2 rumah Iman mintak susu, dan terus tido dalam buaian. Mama pun nak rehat laa...
Gambar2 akan diupload kemudian sebab ada dalam kamera Achik Ana bawak gi KL...
1 comments:
nak naik ETS jugak. tak pernah naik train jalan jauh. huhu.
Post a Comment