♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, November 24, 2010

Sabarlah Wahai Hati

Salam sejahtera...


Tensen nyeeee... Jiran rumah sebelah ni sedang renovate rumah dia.. Rasanya dah 2 minggu kot. Ada 2 sebab mengapa Mama tensen...


1. Aritu sedang Mama duduk2 tengok TV, masa tu Iman tido... Mama terhidu bau asap rokok. Hairan juga sebab mana datangnya bau asap rokok ni. Mama ni memang sensitif sangat2 kalau bau asap roko ni. Orang lain tak bau, Mama bau... Mama memang tak syuke okkay...


Pastu Mama pun cari bau tu. Datangnya dari dapur. Intai punya intai..rupanya pekerja2 yang buat rumah sebelah ni duk merokok baeekkk punya kat DALAM rumah Mama ye.. Diulang..DALAM rumah... Pagar belakang rumah kami memang tak berkunci walaupun ada mangganya sebab dah rosak. Duk tangguh2 nak letak mangga..sampai sekarang letak mangga lama aje tapi tak berkunci. Tapi kot ye pun takkan la sampai masuk dalam kawasan rumah kami.


Mama hanginn tak hengat da time tu. Memang nak sound direct aje. Nak cakap camni "ni apsal sampai masuk rumah saya ni?"... Pastu Mama sengaja bukak tingkap bilik belakang luas2 bagi diorang nampak TUAN UMAH. Memang sah2 la nampak. Ada sorang pekerja tu senyum kat Mama dan cakap kat kawan dia suruh keluar dan tutup semula pagar rumah kami.


Oleh sebab dia awal2 dah sound kawan dia (padahal tah2 dia pun ada masuk sebelum tuh..), Mama tak jadi la nak sound. Lepas pada tu, Mama taktau la diorang masih masuk ke dah tak masuk. Tapi yang Mama tau dah takde bau asap rokok lagi...


2. Diorang duk ketung ketang kelentung kelenting kat sebelah ni. Oleh sebab anak Mama ni jenis telinga lintah, pantang dengar bunyi sikit dia terus terjaga dari tidur. Biasa kalau dia tidur, pintu tingakp rumah semua tutup rapat macam orang cemburu. Hehe... Bukan apa. takut nanti ada lori ke motor ke lalu, bunyinya tak la kuat sangat... Bila ada bunyi2 camtu, dia tak selesa la tidur. Dah la agak susah nak menidurkannya. Dah tidur, ada macam2 gangguan pulak.


Haisy..sabar jela wahai hati. Mungkin hari ini kita bersabar dengan orang, di lain masa orang pulak dibukakan pintu hati oleh Allah untuk bersabar dengan kita kan...

Yang Ini Pun Best



7 comments:

.: waRDaTuL fiRDaus :. said... [Reply to comment]

hihi.. oh mama... same laa... rumah sebelah kite ni pon wat renovation gak...

bising tu mmg da satu hal la kan..

tp, yg paling geramnye, last sunday, sampai2 je dr kampung, tgk jubin kt atas pintu dapur tu leh jatuh berderai plak... bkn 1, bkn 2, tp smpi 4 skali... da la kite penat2 jalan jauh kan, pastu kene kemas2 plak..

haishh..... sabau je la kan.. :D

Fadeadsy said... [Reply to comment]

sabar jelah mama iman. dugaan berjiran. hehe.

DaHLia said... [Reply to comment]

uiks, beraninya diorang..
kunci laaa mama, bahaya tuu kalo dibiarkan...

Jumlah Pendapatan dari Nuffnang

omurice said... [Reply to comment]

mama iman, sabar...Omu memang xsuka asap rokok..nak jer rodok rokok masuk dalam mulut mereka...tapi sape kita kan...sabar jela...

Sharifah nor said... [Reply to comment]

lain kali kalau ada orang yg merokok kat situ..jirus air!!!! Kunci pagar tu dik..sedangkan yg berkunci pun org buleh masuk..inikan pulak tak berkunci...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said... [Reply to comment]

dah beli ker mangga pintu belakang? klau belom cepat² beli...nti mcm² leh jadi.

mamaiman said... [Reply to comment]

tu la..risau jugak..dah la saya dan iman aje berdua d rumah..kena beli cecepat la mangga..hehe..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥