♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Tuesday, November 30, 2010

Menanam Tekad

Seronoknya melihat stok EBM ibu-ibu menyusu yang bersemangat waja menyusukan baby mereka walaupun bekerjaya. Mama juga menanam tekad untuk fully breastfeed Iman Junior sehingga sekurang2nya 2 tahun.


Masa Iman Bukhari dulu, Mama memang tak terbuka hati nak mendalami ilmu penyusuan susu ibu. Walaupun ketika itu kakak ipar Mama a.k.a. Ummi Iman jugak (ibu susu Iman) memang banyak bercerita tentang keterujaannya nak fully bf anaknya.


Masa dalam pantang, beliau hanya pam menggunakan pam pureen bateri tu aje. Walaupun beliau ada jugak ilmu tentang bf, tapi anak sulung la katakan.. Mula2 ada jugak campur fm tapi masa dalam pantang aje. Lepas naik kerja anaknya memang fully bf sehingga 7 bulan aje disebabkan dia mengandung semula.


Mama terbuka hati nak mendalami ilmu penyusuan ni bila berlaku satu tragedi (boleh ke dikategorikan sebagai tragedi?..hehe..) di mana Iman alah pada fm. Dia jadi kembung berpanjangan, malam2 mesti berjaga, tak selesa tidur. Rupa2nya Iman alah pada laktosa dalam fm. Pastu tukar susu tanpa laktosa. Alhamdulillah pastu ok.


Tapi walaupun Iman dah ok, Allah terus membuka pintu hati Mama untuk menggali info tentang bf dan Mama terus jatuh cinta. Terus Mama order Medela Swing. Oleh sebab single pump, ditambah lagi dengan sikap Mama yang tak sabar, Mama jadi frust jugak sebab susu tak semeriah mana.


medela swing single pumping
keupayaan sama seperti freestyle cuma ianya single pumping


Yela, baru start mengepam takkan la nak meriah bagai susunya kan. Tapi masa tu Mama cetek ilmu kan. Guna tak sampai sebulan Mama tolak pada kawan sekerja dan try Spectra 3 pula. Alhamdulillah dengan Spectra 3 ada juga rezeki Iman. Walau mungkin tak semeriah mana, tapi Mama tetap bersyukur. 


spectra 3 double pumping


Bila ada rezeki lebih, Mama  terus upgrade pakai Medela Freestyle. Walaupun agak pricy, tapi hasilnya memang berbaloi2. Dengan FS Mama boleh dapat paling banyak 6 oz sekali pam. Walaupun bagi orang lain mungkin 6 oz tu apa la sangat, tapi bagi Mama memang sangat teruja dan gumbira ha ha gitu... Dengan FS lah stok EBM Mama bertambah dari sebelum ini.


freestyle yang banyak berjasa
akan Mama optimakan penggunaannya bersama Iman Junior nanti


Mungkin semangat Mama tak sekuat mana, walaupun Mama mengepam tapi di rumah pengasuh adakalanya tetap top up dengan fm. Takpela..Mama redha sebab memang silap Mama dari awal. Mujurlah Mama ni seorang guru. Bila tiba cuti sekolah, no fm untuk Iman. Fully bf siang dan malam. Seronoknya Iman sebab hari2 Mama ada di sisi.


Oleh sebab itu, untuk Iman Junior ni Mama dah bertekad akan berusaha bersungguh2 mencapai target fully bf sekurang2nya 2 tahun. Dari sekarang Mama dah berdoa dalam setiap sujud supaya segelanya dipermudahkan Allah. Masa dalam pantang lagi Mama nak mengepam dan nak buat stok banyak2 supaya Mama tak rasa down bila tengok stok EBM semakin susut sepertimana yang Mama rasai ketika menyusukan Iman Bukhari dulu. 


Stok banyak2 dan bertimbun2 dalam fridge juga penting untuk membakar semangat Mama. Masa Iman Bukhari dulu, paling banyak pun Mama boleh buat stok EBM dalam 20 botol aje. Namun Mama tetap bersyukur kerana sampai sekarang Iman masih menyusu dengan Mama walaupun susu dah semakin berkurangan kerana Mama mengandung. 


Mama pinjam gambar2 stok EBM ibu-ibu menyusu sebagai pembakar semangat Mama. Kalau boleh Mama nak fridge Mama pun penuh cam fridge mereka juga. Chaiyok..chaiyok Mama Iman!...








Nota Mama : Terima kasih kepada pemilik gambar.

Yang Ini Pun Best



3 comments:

Sharifah nor said... [Reply to comment]

tu semua susu ibu ker??? waduh..jenuh nak pam yaa..masa zaman akak dulu..kalau anak tak nak nyusu badan..emmm terpaksalah bagi susu lembu...Manalah nak tahu yg susu ibu boleh di simpan dingin beku....

mamaiman said... [Reply to comment]

sharifah nor : ye, itu semua SUSU IBU yang telah dibekukan untuk simpanan. kalau deep freezer boleh simpan hingga 6 bulan. peti ais 2 pintu 3 bulan...

Fadeadsy said... [Reply to comment]

seronoknye kalau ada stok ebm mcm tu. sy pun pd mulanye mmg semangat jugak, tp bile susu makin merundum, tambah pki pump manual, liat lah nak mengepam. sy harap nanti boleh beli medela fs tu. mungkin next baby insyaAllah.

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥