Kerap loya dan muntah
Masa Mama menaip entri ni pun tiba2 rasa loya dan nak muntah. Oleh sebab masa Iman Bukhari dulu Mama tak pernah alami alahan teruk sebegini, maka Mama taktau camne nak kurangkan rasa loya dan nak muntah tu. Biasanya Mama hanya berbaring dan pejamkan mata aje. Kalau terus duduk atau buat kerja mesti bertambah2 teruk rasanya.
Badan terasa berat dan sangat tak bermaya
Masa Iman Bukhari dulu, walaupun Mama rasa tak larat tapi Mama tetap boleh bangun buat kerja rumah. Malah memang Mama aje yang buat semua kerja rumah. Ayah cuma tolong sikit2 aje. Cuma Mama tak memasak aje. Biasanya Ayah yang masak makan malam. Simple dimple aje sebab cuma kami berdua aje yang makan. Itu pun biasanya tak habis. Hehe..
Kepala berat dan berdenyut2
Kali ini terasa sangat kerap berlaku keadaan camni. Masa Iman Bukhari dulu Mama kurang sakit kepala atau kalau sakit pun takde la sampai berdenyut2. Cuma badan aje rasa tak larat.
Rumah tak terurus..haha..
Oleh kerana Mama alah sampai ke tahap hanya boleh bangun solat aje, maka rumah pun tak terurus. Ditambah lagi dengan ada 'tukang kemas' dah sekarang ni kan. Hehe..
Rasa suka sangat nak mekap2
Haa..ini memang dirasai sebelum Mama sedar Mama mengandung lagi. Masa tu Mama dah agak mungkin Mama mengandung sebab tiba2 rasa nak bermekap2. Tapi rasa aje la.. sebab mana la Mama ada alat2 mekap bagai tu. Cuma selalu rasa nak bercantik2.. Haha..
Dalam masa yang sama, Mama kesian jugak pada Iman Bukhari. Sejak Mama mengandung, Iman Bukhari masih menyusu dengan Mama cuma kebanyakan masa dia dah minum fm. Tiba2 Iman Bukhari jadi tak lalu makan. Selalunya dialah yang akan makan apa saja...
Ada yang cakap dia tak lalu makan sebab dia dah fully fm. Kalau fm boleh mengenyangkan, tak la Mama risau. Yang Mama risaukan sebab berat badannya turun masa check up ASD hari tu. Camne nak tambah berat kalo makan taknak.
Aritu ada la Mama tambah nestum dalam susu dia.Mula2 dia nak, sekarang dah pandai rasa. Dia tau kalau Mama tambah nestum. Dia rasa dulu sikit pastu cakap "tak sedap" sambil geleng2 kepala.. Adoii..fenin betul kalau ada anak bijak bercakap ni. Hehe...
Ada jugak Mama tambah ESP Shaklee untuk kesihatan Iman, tapi yang tu pun dia tau dan reject. Kalau susu saja dia nak la. Mujur jugak dia masih nak susu walaupun mula2 dulu susah jugak nak pujuk soh minum susu.
Masa mula2 Mama nak biasakan diri dengan keadaan diri yang mengandung bersama alahan, dan juga Iman yang tiba2 berubah.. agak sukar juga. Tapi alhamdulillah sekarang dah mula boleh biasakan diri. Moga semuanya dipermudahkan Allah...
0 comments:
Post a Comment