Walaupun Iman Junior baru 11 minggu, Mama dah terfikir2 masa pantang nanti nak pakai set bersalin apa. Anak sulung dulu Mama pakai set bersalin Leesa Formula. Secara peribadi set ni memang ok untuk ibu-ibu yang ala2 malas nak bersusah payah atau ibu-ibu yang berpantang sendiri sebab jamunya dalam bentuk kapsul dan senang nak diambil.
Tablet Prawan memang superb sebab badan terasa panas je kalau makan. Lepas habis pantang pun Mama beli lagi dan meneruskan pemakanan jamu tersebut sebab bila Mama tak makan Iman mudah dapat kembung perut. Ia juga berfungsi merapatkan vagina.
Tapi ada juga yang Mama tak habiskan iaitu teh herba. Tah la, Mama pun taktau kenapa Mama tak boleh habiskan. Hehe.. Malas nak rendam la tu..
Dulu masa Iman Mama teragak2 jugak nak pakai set mana sebab terlalu banyak pilihan. Sendayu tinggi pun ada dalam list Mama. Rasanya produk ni lagi mudah sebab semua dalam bentuk kapsul. Lagi satu kelebihannya, ia disediakan untuk tempoh 60 hari berbanding produk lain yang biasanya dalam 40-45 hari sahaja.
Selain daripada itu, Mama juga masukkan set bersalin HPA dalam list Mama. Macam best jugak. Lagipun harganya pun berpatutan.
Set bersalin Amway pun Mama suka. Dia ada mandian herba. Tapi terlalu banyak pulak sebab kakak ipar Mama dah pernah pakai. Tak habis dia pakai untuk anak sulung, sambung habiskan masa anak kedua. Hehe...
Selain itu ada banyak lagi set bersalin yang Mama jumpa bila google. Tapi tak termasuk dalam list Mama la buat masa ini. Awal lagi kan, ada masa untuk decide lagi. Pada pendapat Mama, mana2 set pun lebih kurang sama. Bergantung kepada badan kita sama ada sesuai atau tidak. Lagi satu yang paling penting adalah disiplin diri semasa dalam pantang. Mama akui masa Iman dulu, Mama kurang berdisiplin. Kali ini Mama nekad untuk lebih berdisiplin. Ditambah lagi dengan impian Mama untuk menyusukan Iman Junior sekurang2nya sehingga 2 tahun.
Nota Mama : Ibu-ibu di luar sana, silalah share pengalaman anda menggunakan set bersalin mana yang best ye..
1 comments:
salam ibu iman...bagi saya pulak masa berpantang dulu saya ambik nona roguy...mmg bgus senang nak 'membuang' tapi anak saya pulak asyik kembung perut.last2 tak mkn dah...hmm...rugi jugak sbb 1set tu mahal...
maybe nnt ibu iman boleh try set berpantang dari shaklee...mmg tak panas sbb berasaskan supplement2...kwn2 saya ada yg dah ambik..so far semua ckp ok...n boleh tambah alfalfa sbg milk booster n mudah lawas jugak utk ibu...saya nnt kalau anak 2nd mmg nak try lah...masa bersalinkan arissa dulu masih taktau pasal ni..harga pun tak brape mahal...ibu iman bole baca kt blog saya...salam kenal :)
http://arissazoela.blogspot.com/2010/11/set-berpantang-yang-selamat.html
Post a Comment