♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Tuesday, December 14, 2010

Mama Dah Booking

Pada 8 Disember lalu, Mama dah pergi buat booking di Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Biasanya orang cakap "buat buku/kad merah". Masa tu Mama dijangka lebih kurang 11 minggu 4 hari. Due date adalah pada 27 Jun 2011.


Tak sangka pulak kat sini doktor akan scan walaupun kandungan belum 16 minggu. Sebab masa Iman dulu Mama booking di KKIA kawasan lain. Masa tu dah 16 minggu, nurse cakap kena scan. Punya la lama menunggu sebab ramai sangat. Nurse cakap kalau kurang dari 16 minggu tak perlu scan lagi.


Tapi kat KKIA sini tak ramai sangat dan selesa. Nurse2 dia pun mesra dan ceria semuanya walaupun masa Mama pergi tu dah petang. Masa scan tu Mama nampak Iman Junior dan cukup sifat dan dah ada nyawa. Comel aje...


Kat sini Mama kongsikan sedikit info tentang prosedur ultrasound yang selalu kita dengar tu. Adakah kita tahu apa yang dicari/dilihat oleh doktor? Jom kongsikan sama2...


Sumber : Pa&Ma



Imbasan awal biasanya dilakukan dari minggu ke-8. Dalam ujian ini, doktor akan “mencari” kantung, plasenta dan embrio bersama dengan denyutan jantungnya (mungkin lebih daripada satu). Seawal minggu keenam, bayi sudah boleh dilihat. Ia mungkin akan kelihatan seperti berudu ataupun telur goreng!
Kebanyakan doktor akan melakukan ujian ini pada minggu ke-8 di mana bayi lebih mudah dilihat. Malah jika anda mengandung kembar, kantung-kantung bayi akan lebih jelas menunjukkan sama ada mereka seiras ataupun sebaliknya.
Imbasan booking (biasa dilakukan pada minggu ke-10 hingga ke-14)
Ketika ini, bayi akan diukur. Sehingga pertengahan kehamilan, pertumbuhan bayi adalah hampir sama. Jadi saiz bayi dapat menunjukkan minggu kehamilan anda. Usia kehamilan akan lebih tepat jika anda mengetahui hari pertama haid terakhir.

Dalam pada itu, pada usia kandungan di bawah 2 minggu, lebar kantung (CRL), kepala (BPD) dan panjang tulang pinggul (FL) akan diukur. Memandangkan organ bayi kelihatan jelas dan nyata, kebanyakan masalah major yang berkaitan dengan otak, anggota badan, jantung dan buah pinggang dapat dikenal pasti.

Imbasan nuchal translucency (biasa dilakukan pada minggu ke-11 hingga ke-12)
Dalam ujian ini, doktor akan mengukur ketebalan lapik (pad) pada belakang leher bayi. Ini dilakukan bagi mengetahui risiko bayi mempunyai sindrom Down, kecacatan jantung atau masalah berkaitan kromosom. Penilaian yang lebih tepat dapat diperoleh jika ujian ini digabungkan bersama kumpulan darah, umur dan kadar denyutan bayi. (ujian Primark). 

Walau bagaimanapun, imbasan nuchal hanyalah ujian di atas skrin, jadi keputusan positif memerlukan penyiasatan lanjut untuk memastikan kesahihannya. Jika bayi anda berisiko mengalami sindrom Down atau spina bifida, anda perlu menjalani ujian amniosentesis pula.

Imbasan anomaly (biasa dilakukan pada minggu ke-20 hingga ke-23)
Ujian ini dilakukan untuk melihat bayi dengan lebih teliti. Kadang-kadang tempoh ujian ini akan memakan masa sehingga 30 minit. Kepala bayi akan diimbas dengan memberi penumpuan khusus pada otaknya; muka dan mulut dilihat untuk meninjau risiko bibir sumbing; jantung, paru-paru dan sistem perkumuhan. Begitu juga halnya dengan tulang dan tulang belakang. Ia akan dilihat dengan teliti.

Antara lain, dada, kaki, jari dan kakinya diperiksa juga. Jumlah air ketuban, rahim, plasenta dan jumlah saluran darah di dalam tali pusat turut diteliti. Biasanya, terdapat tiga (dua urat nadi, satu pembuluh darah), namun sesetengah bayi mempunyai dua (satu urat nadi, satu pembuluh darah). Untuk mengenal pasti sebarang masalah yang mungkin melanda bayi, anda perlu memberitahu apa sahaja sejarah perubatan keluarga yang boleh dijadikan rujukan. Menariknya, anda mungkin berpeluang untuk melihat jantina bayi melalui ujian ini.

Teknologi terkini
Masa kini, ramai ibu bapa lebih gemar mengimbas kedudukan bayi mereka menggunakan imbasan 3D. Fungsinya masih sama seperti imbasan yang lain namun kelebihannya lebih ketara. Imbasan 3D boleh menunjukkan kedudukan bayi dengan lebih jelas berbanding imbasan 2D malah, kecacatan bayi seperti bibir sumbing, masalah jantung dan kecacatan LIMB dapat dilihat dengan lebih jelas.

Namun yang demikian, teknologi yang paling terkini ialah imbasan 4D. Dengan yang demikian, anda boleh menyaksikan sendiri bayi menghisap jarinya, tersenyum, mengerutkan muka dan menguap. Imbasan 4D boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, namun untuk hasil imbasan yang terbaik, anda digalakkan melakukannya di antara minggu ke-24 hingga minggu ke-30.




Yang Ini Pun Best



2 comments:

Zaidah said... [Reply to comment]

seronokkan bila tengok perut kita kena scan dapat tengok yang 4D lagi bestkan...deliver bulan jun sama ngan anak2 zai semua lahir bulan jun....

mamaiman said... [Reply to comment]

yeke kak..anak sulung saya pun baby june jugak..pandai akak plan ek..saya ni x plan..kebetulan Allah nak bagi..hehe..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥