♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Saturday, December 11, 2010

Shaklee & Mama

Rasanya Mama tak pernah menulis tentang supplement yang Mama ambil untuk menjaga kesihatan badan Mama kan. Memang ada terfikir nak berkongsi pengalaman cuma bila nak menulis tu jadi berat sikit. Hehe.. Sharing is caring kan.. So hari ni Mama nak berkongsi sedikit pengalaman Mama. Mungkin ada yang beranggapan tak perlu ambil supplement. Itu bergantung kepada diri masing2 sebab diri sendiri yang lebih arif tentang keperluan badan masing2 kan. Bagi Mama, Mama perlu ambil supplement kerana Mama tau cara pemakanan Mama memang takkan dapat bekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan Mama.


Masa Iman berumur 3 bulan lebih kurang, Mama ambil supplement untuk maintain susu dan kesihatan badan Mama. Mula2 Mama ambil trial pack selama sebulan. Memang sangat berbeza dengan sebelum Mama ambil supplement. Rasa bertenaga, ceria selalu, hati tenang, terasa lapang, nak buat kerja pun tak rasa berat badan.


Mama ambil produk SHAKLEE daripada Kak N. Titik permulaan Mama ambil supplement ni bila Mama tiba2 diberi hidayah oleh Allah untuk menyusukan Iman sepenuhnya dengan susu ibu. Ceritanya di SINI. Masa tu baru la terhegeh2 mencari supplement untuk tambah susu badan. Hinggalah suatu hari Allah temukan Mama dengan blog Kak N yang Mama dapat dari laman susuibu.com. 


Oleh kerana kesan yang sangat positif daripada trial pack tu, Mama terus ambil full pack. Walaupun agak mahal tapi berbaloi2 sebab boleh tahan sampai 4-5 bulan camtu. Masa tu Mama ambil :


Alfalfa
ini la produk yang mula2 buat Mama jatuh cinta
sebab ianya berfungsi sebagai milk booster

Vitamin C

Multivitamin

B Complex

ESP
mula2 minum memang tak boleh masuk
oleh sebab itu Mama jarang ambil
nanti Mama kongsikan macamana Mama boleh suka pulak dengan ESP ni

Tapi bila disahkan mengandung Iman Junior, Mama tanya Kak N boleh ke ambil alfalfa. Kak N nasihatkan supaya stop dulu ambil alfalfa. Tapi Mama teruskan ambil Vitamin C, Multivitamin dan B Complex. Tambah lagi dengan Kalsium.

Kalsium untuk tulang

Insya-Allah nanti Mama akan buat satu entri lain nak kongsi pengalaman Mama yang mula2 tak suka langsung dengan ESP tapi cuba itu cuba ini akhirnya ketemu jua dengan yang boleh masuk tekak ni. 

Untuk pembaca semua, kalau nak sihat tanyalah diri sendiri. Mama dah buat pilihan dan insya-Allah kekal dengan pilihan terbaik ini. Jom sihat jom...


Yang Ini Pun Best



2 comments:

Arissa Zoela said... [Reply to comment]

bestkan shaklee ni?hehehe...sy dulu sama la mcm Mama...skang mmg jatuh chenta lah...hehehe...

mamaiman said... [Reply to comment]

ye..mmg best sgt2..tp saya ala2 malas nak kenalkan dgn kwn sbb kwn2 saya ni ramai jenis x suka amik supplement..sian diorang..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥