Semalam masa Mama dalam perjalanan ke Ipoh nak ambik Abah Long Iman di stesen ETS, Mama terima satau panggilan telefon daripada En Hadafi, Pengurus Bank Muamalat cawangan sini. Masa tu jam menunjukkan 7.00 pm.
Seperti En Karim daripada Bahagian Khidmat Pelanggan HQ haritu, beliau juga memohon maaf bagi pihak Bank Muamalat khususnya bagi pihak staf beliau. Katanya beliau baru lepas berjumpa dengan staf tersebut yang namanya Azwan. Staf beliau juga turut menyatakan rasa kesal dan mengakui kesilapannya. Memang dia nampak Mama tersentak masa mereka mentertawakan Mama.
Mama juga diberi peluang menyatakan perasaan Mama. Mama cuma menyatakan rasa terkilan atas apa yang berlaku. Juga mengharapkan perkara sama tidak akan berulang dan terkena pada orang lain pula.
Mama juga ialu-alukan datang lagi ke bank tersebut. Insya-Allah, kalau ada urusan mungkin Mama akan datang lagi. Menurut En Hadafi, sebaik2nya Mama datang lagi untuk memastikan perkara tersebut tidak berulang lagi. Rasanya tak perlulah nak datang lagi semata2 nak tunjuk muka aje kan. Cukuplah kepercayaan yang diberi kali ini.
Lama juga Mama bercakap dengan En Hadafi tu. Beliau juga menyatakan insiden tersebut bukanlah mencerminkan keseluruhan institusi mereka. Itu Mama sedia maklum. Sebab tu Mama ada sebut dalam posting terdahulu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Bagus juga Mama posting pasal ketidakpuasan hati Mama haritu. Banyak pihak yang prihatin. Walaupun tak puas hati dengan tragedi haritu, tapi Mama juga ucapkan syabas kepada pihak Bank Muamalat kerana sangat prihatin dengan kesulitan pelanggannya dan terus ambil tindakan atas aduan yang dikemukakan walaupun bukanlah aduan secara rasmi.
Hanya dalam tempoh lebih kurang seminggu, mereka menjalankan siasatan dan terus mengambil langkah menghubungi Mama untuk memohon maaf. Tindakan ini memang membanggakan dan boleh diberikan pujian. Hati Mama yang panas ni pun dah sejuk dah bila 2 orang pegawai mereka menghubungi Mama dan memohon maaf.
Dah jadi macam VIP la pulak dah bila En Hadafi minta save nombor fon dia dan boleh menghubungi beliau terus ke talian peribadi sekiranya timbul apa2 masalah pada masa akan datang. Hehe.. Apa yang dapat Mama katakan hanya terima kasih kerana prihatin dengan kesulitan pelanggan mereka. Juga berharap perkara sedemikian tidak berulang lagi...
2 comments:
agak2 ape jadik ngan si azwan tuh?...
Kna la pandai hormat orang lain, jangan ingat diri sendiri je bagus, alllah maha kaya.
Post a Comment