Anda semua dikehendaki mengarang tidak lebih dari 150 patah perkataan tentang : -
1) APA YANG MENARIK TENTANG BLOG HARLINDA HALIM a.k.a RICH MOM DIARY INI; dan
2) APAKAH TOPIK YANG PALING ANDA SUKA BACA DALAM BLOG HARLINDA HALIM a.k.a RICH MOM DIARY.
Bab mengarang2 ni masa sekolah dulu rajin ler. Sekarang dah jadik mak orang kemalasan melanda. Tapi disebabkan dah nama pun asaimen dan contest kan.. kena la Mama buat. Moga ada rezeki Iman nak menang. Lyn, sori kalo ayat tah pape sebab dah lama tak mengarang. Haha.. Ehem..ehem..jom mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim...
1) Yang menarik tentang blog Harlinda Halim
Mula terjumpa blog Linda masa sibuk mencari info di lama susuibu.com. Suka baca blog Linda sampai hari2 bukak blog dia. Mula2 mungkin sebab Linda ni kawan lama masa di sekolah. Saja nak tau perkembangan diri beliau. Tambahan pula suami beliau kawan sekolah suami jugak.
Yang menarik saya untuk membaca blog beliau setiap hari adalah kerana ada banyak info keibubapaan terutama berkaitan penyusuan susu ibu. Saya yang cetek ilmu breastfeeding ni memang la suka bangat dengan blog2 yang menyokong penyusuan susu ibu ini.
Selain daripada itu, apa yang menarik kat blog beliau ini adalah perkongsian pengalaman beliau bersama anaknya, si Danish bam bam. Pendek kata memang banyak info yang boleh menjadi panduan untuk ibu bapa baru macam saya.
2) Topik yang paling suka dibaca
Sebenarnya kalau nak cakap pasal topik khusus memang la banyak. Saya suka pasal breastfeeding siap dengan jadualnya lagi, breast pump, cerita pasal danish, resipi untuk si manja dan semua cerita pasal keibubapaan.
Walaupun sekarang beliau jarang dapt update blog terutama selepas mula kerja di tempat baru dan berpindah rumah ni, tapi saya tetap suka menjengah rumah beliau setiap hari. Kadang2 hanya silent reader saja tanpa meninggalkan jejak pun. Hehe...
Ok, dah siap assignment yang dikehendaki walaupun dah dekat dateline. Harap masih diterima sebab belum Sabtu lagi kan?
Moga ada rezeki Iman menang...
0 comments:
Post a Comment