Tahniah buat Mak Njang sebab dah dapat kerja. Akhirnya... Berkat kesabaran dan doa bersama, Mak Njang dapat j-QAF di Maktab Perempuan Melayu Melaka. Jauhnya...
Tapi Kakak Aisyah dan Aqik Aqil best la sebab Mak Njang boleh lawat mereka selalu di hujung2 minggu. Paling sedih tentulah Iman. Selalu Mak Njang la yang melayan kerenahnya di rumah Tok Abah. Nanti bila datang rumah Tok Abah lagi sunyi jela dah.
Nanti rindulah kami nak makan kek Mak Njang lagi. Mama pun takde dah la kawan buat teman bila nak ke mana2 bersama Iman. Tok Mama pun mesti gembira bercampur sedih. Dah hampir 2 tahun Mak Njang duk rumah Tok Mama. Nak keluar, mesti la sedih kan. Mesti sunyi, hilang kawan bersembang walaupun Mak Njang bukanlah seorang yang peramah sangat.
Harap2 nanti Iman tak termimpikan Mak Njangnya. Kalau sekarang pun bila balik rumah sendiri, mesti tanya "Mak Njang mana?"... Nanti bila Mak Njang jauh tak dapat Mama bayangkan.
Isnin depan Mak Njang lapor diri di maktab. Di sana nanti baru tau dapat sekolah mana. Harap2 biarlah di Perak ni jugak. Tapi kemungkinan nak dapat di Melaka adalah besar sebab maktab di sana. Mama plan nak apply cuti isnin depan nak ikut sama hantar Mak Njang. Hehe... Sambil2 nak lepaskan ngidam nak makan sotong, ketam, udang bakar di Sungai Udang.
Apa pun, moga kejayaan terus bersama Mak Njang...
1 comments:
hye singgah cni n follow... comel la iman...
Post a Comment