♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Tuesday, February 8, 2011

Aktiviti Iman Malam-Malam

Malam tadi Mama rasa penat sangat. Dengan mengantuk apa sumer ada. Tapi gagahkan diri bangun sediakan makan malam untuk suami tercinta. Mama memang jarang masak sebab biasanya malam2 kami makan ringan2 aje.

Malam tadi jela rasa nak masak pulak. Itu pun simple dimple aje. Telur goreng kicap, ikan kedera masam ngan nasik je. Tapi berselera Ayah dan anak itu makan. Hehe..

Dah setelkan semua, iron baju, lipat kain.. baru la boleh duduk rehat jap walaupun mata dah berat ni. Ditambah dengan sakit belakang (ni kes angkat2 benda berat masa cuti CNY aritu la ni). Masa duduk2 tu, Iman ambik bedak dalam bilik. Nak pakai la konon2nya..

Pastu Mama letak sket kat tangan Iman, Iman sapu pada muka Ayah. Haha... Memula sapu kat rambut je yang banyaknya. Lama2 sikit baru la kena muka. Tapi Ayah wat noheng je sebab khusyuk tengok bola. Apa la Ayah ni. Sian anak.. Hehe..


Itulah keja si Iman malam2. Menyelerakkan rumah serta menambah kerja Mama. Kain kotor ada sikit je, so Mama cadang nak basuh arini la. Rugi basuh baju sikit2. Haha.. Lewat jugak Iman tidur. Semalam adalah julung2 kalinya Iman ditidurkan oleh Ayahnya sebab Mama sakit pinggang...


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥