♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, February 10, 2011

Makan Malam Durian

Petang semalam dapat kol daripada Tok Abah. Tok Abah di kebun, nak singgah rumah hantar durian. Bestnya.. Haha.. Disebabkan kami dah plan nak gi pasar malam, terus jela gi rumah Tok Abah. So tak jadi la singgah kan.

Pas solat Asar kami bertiga jenjalan pasar malam. Gi naik motor je sebab malas bersesak2. Balik dari pasar malam singgah rumah Tok Abah. 

Tok Abah cakap "naik motor ke? durian banyak.."

Sekali Mama tengok, memang banyak pon. Hua hua. Bukannya apa, tadi masa kol Tok Mama cakap ada 5 bijik aje. So Mama fikir kalo 5 bijik makan jela bagi habis. Rupanya 5 bijik tu adalah 5 bijik ikut cara nak jual. Kalau nak jual, buah yang kecik2 tu 3 bijik kira harga 1 bijik. So bayangkanlah banyak mana. Hahaha...

Takpela, layan jela mana2 yang ada kan. Lelebih tu Mama cadang nak ambik esok aje pas sekolah. Nak bagi kat Nenek dan Atok sikit. Last2 bila dah kekenyangan (wah, makan durian pun bleh kenyang kah?..haha..), Tok Abah suruh bawak balik jugak naik motor pun. Letak dalam guni kecik.

Nilah saat2 kami menikmati durian dusun Tok Abah dan Tok Mama. Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga. Tak semua dusun duriannya berbuah. Dusun kami berbuah pula kali ini. So harga jual adalah melambung tinggi dan semua orang adalah berebut2 nak jual ok. So setiap hari la Tok Abah akan tunggu durian luruh dari pada sampai petang.


banyak kan?
ini pun tak campur yang dah belah kat dalam tong sampah tu...


masa ni dah kekenyangan..haha..


tau gambar ni blur
tapi adalah susah nak snap pic Iman sebab dia sibuk nak tengok skrin ok..


Ayah menikmati durian
Tok Abah hanya suka belah durian saja...


snap gak la tangan Tok Mama yang juga kekenyangan makan durian..haha..

Sebenarnya kami semua makan nasik la, mee goreng la, murtabak la.. yang dibeli di pasar malam tadi. Pastu baru makan durian. So makan sikit je dah kenyang. Tapi disebabkan durian adalah susah nak dapat kan, sumbat jela sampai last2 Mama dah macam nak termuntah baru la stop. Hehe...

Mama masa kecik2 dulu memang hantu durian. Tapi bila dah meningkat remaja dan anak dara tu agak kureng sket. Tapi masih la makan kan. Pastu dah jadik mak orang ni jadi suka balik makan durian. Masa ngandung Iman pernah la ngidam makan durian masa bukan musim. Sampai kena beli tepi jalan. Haha.. Sesuatu yang tak pernah berlaku dalam keluarga kami sebab dusun durian adalah berlambak2 ok. Nak wat camne dah kat dusun sendiri durian tak berbuah time tu...

Tok Mama cakap ni baru nak start berbuah. Nanti dah banyak lagi besh.... ;)


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥