♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Saturday, February 26, 2011

Rindu Iman

Hari ni pagi2 lagi Mama dah keluar rumah tinggalkan Iman. Sedih betul bila hari2 cuti camni pun kena berpisah dengan keluarga. Nak buat macamana dah tugas kan. Mama ada mesyuarat PIBG dan hari anugerah cemerlang di sekolah hari ini.


Mama kena gi awal pagi sebab Mama ditugaskan di bahagian pendaftaran ibu bapa. Majlis penganugerahan tu berlangsung hingga jam 10.00 pagi lebih kurang. Pastu sambung pulak dengan mesyuarat PIBG. Oleh kerana Mama ni bendahari, terpaksa la tunggu sampai habis kan.


Iman ke Shah Alam arini bersama Tok Abah, Tok Mama, Mak Njang dan Pak Su. Menziarahi ahli baru keluarga kami iaitu anak kedua kepada abang sulung Mama. Lahir di Sabah, baru semalam balik ke Shah Alam berpantang di rumah neneknya.


Kalau Mama takde apa2 program hari ni, mesti Mama turut serta. Takpe la, Iman jela ikut. Pagi tadi sebelum ke sekolah Mama peluk cium Iman tak puas2 sebab Tok Abah akan datang jemput Iman lebih kurang jam 9 pagi. Masa tu Mama kat sekolah la. Mama sampai ke rumah dekat kul 1 dah. 


Rehat2 kejap, mandi, solat dan bersiap2 ke Penang pulak dengan Ayah. Saja jalan2 makan angin sambil makan nasi kandar Penang. Haha...


Makan2 je pastu balik ke Taiping semula. Hati dah mula rindu bangat dengan anakanda Mama tu. Ayah pun dah mula tanya2 "kat mana la Iman sekarang ni.." Bermakna Ayah pun dah mula rindukan anaknya. Bila telefon kedengaran ceria saja suaranya. Seronok la tu dapat jalan2. 



Sekarang ni Mama sedang menanti kepulangan anakanda Mama itu. Mungkin lewat sampai sebab sekarang pun masih dalam perjalanan. Semoga selamat perjalanan mereka. 


Rindu Iman... 


Yang Ini Pun Best



1 comments:

Myra Jay said... [Reply to comment]

Memang akan terasa kerinduan saat berjauhan especially ngan anak.. :)
MJ pun rindu ngan anak menakan :)

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥