♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, March 9, 2011

Al-Quran Terjemahan Diari

Alhamdulillah... akhirnya Mama dapat juga al-Quran yang dah lama dicari-cari. Nak pergi ke kedai adalah malas dan ditambah lagi dengan kekangan masa. Juga kerana perlu memikirkan banyak perkara jika nak jalan2 window shopping atau survey apa2.

Oleh itu, jalan penyelesaian yang mudah adalah online shopping. Hehe.. Tapi dalam bab ni, Mama tak cari pun. Dalam usaha menziarah semula rakan2 yg blogwalking dan meninggalkan jejak di shoutbox, terjumpa web INI. 

Saja tengok2 apa produk jualan mereka. Ternampak la al-Quran terjemahan macam kat bawah ni...

kecil, comel, mudah dibawa...

Terus tengok dengan lebih terperinci dan beria2 la. Sebab Mama memang teringin nak dapatkan al-Quran jenis diari camni. Mudah nak dibawa ke mana2 sebab kecik je kan. Saiz pun dah siap2 diberi so boleh la agak2 besar dia camne kan.

Terus order, buat bayaran dan tunggu. Kebetulan hari Mama buat bayaran tu stok baru sampai. So penghantaran di lakukan pada hari yang sama. Lagilah teruja Mama. Tapi disebabkan tersantak dengan hujung minggu, kena la tunggu Isnin. 

macam diari...

Akhirnya, sampai juga. Kecil molek saja. Mama sengaja pilih warna biru laut ni sebab Mama memang pencinta warna biru walaupun blog Mama warna purple kan. Hehe.. Purple pun antara warna feveret jugak. Mama ada bagi note kat penjual tu, kalau takde biru nak warna pink. Dia ada dalam pelbagai warna menarik sebagai pilihan.

Kelebihan Al-Quran Darul Iman
  • Terjemahan yang berasaskan kepada Resm Uthmani.
  • Melalui semakan Lajnah Pentashih Mashaf Al-Quran, JAKIM yang terdiri daripada empat orang pemeriksa yang bertauliah dan berpengalaman.
  •  Mendapat kelulusan Bahagian Penerbitan Teks Al-Quran KDN.
  • Satu-satunya al-quran terjemahan  Malaysia bersaiz kompak yang telah mendapat kelulusan JAKIM.
  • Saiz yang kompak (kecil-bersaiz tapak tangan),tahan lasak dan mesra  pembaca menjadikan ia senang dibawa kemana-mana selain mudah  dirujuk,dibaca dan dibudayakan.
  • Disertakan juga 3 penanda bacaan yang disertakan khusus untuk 3  tempat tanda bacaan harian,hafazan harian,dan tadabbur harian.
  • Didatangkan dalam dua versi (zip dan diari) Al-Quran Darul Iman  mempunyai reka bentuk terkini dan menawan yang pasti menarik minat  para remaja.
  • Pelbagai wana pilihan
darul iman
pelbagai produk jualan yang lain

Selain al-Quran terjemahan berbentuk diari macam yang Mama beli, turut dijual adalah al-Quran terjemahan dalam bentuk hard cover, soft cover, purse dan zip.

Al-Quran Terjemahan Darul Iman
Al-Quran Terjemahan Darul Iman
Al-Quran Terjemahan Darul Iman
Al-Quran Terjemahan Darul Iman

Turut dijual produk lain seperti pen al-Quran digital, pen myIman, myIMAN touch, atlas al-Quran dan sebagainya. Kalau nak info lebih lanjut bolehlah lawati http://edarquran.lot.my atau Al-Hikmah Trading di talian 0145132408.

Nota Mama : Semua gambar kecuali yang berwatermark adalah hak milik Al-Hikmah Trading.


Yang Ini Pun Best



2 comments:

Dda Ly said... [Reply to comment]

owhh aritu ada jugak jual dkat uia ni...mcm2 ade...saye suka yang pink tu..:)

meh ke rumah..
~cinta jiwa saya~
keep in touch ye..♥♥♥

AkmaFaizal said... [Reply to comment]

wah cantik dan murah je... macam nak beli je. hehe :)

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥