♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, March 20, 2011

Bila Di Rumah Tok Abah

Iman bila berada di rumah Tok Abah seperti berada di rumah sendiri. Yela, selerakkan je rumah Tok Abah macam yang selalu buat kat rumah tu kan. Takde sape nak marah pun. Cucu kesayangan la katakan kan.. Tapi Mama tak suka Iman dimanjakan sangat. Nanti jadi mengada2..

Kalau kat rumah, kalau selerakkan sikit2 tu ok la lagi kan. Kalau dah melampau2 menambah kerja Mama, siap la kena marah kan. Dengan anak kena marah jugak kan. Walaupun kecik lagi, kena la ajar bahawa tak semua benda Iman boleh buat. Sebab ada kadang2 ada bahayanya.

pose istimewa Iman

Bila Mama marah Iman, Mama akan terangkan padanya kenapa Mama marah Iman. Kalau api tak boleh pegang, sebab api panas dan bahaya. Kalau kena tangan nanti sakit. Camtu jugak dengan cerek dan air panas.

Tapi di rumah Tok Abah, memang tak jalan la cakap apa pun. Iman suka main di luar. Main pasir, main tanah, main macam2...

Kalau kat dalam rumah pulak, habis semua barang kena letak tinggi2. Kalau tak, semua ditariknya ke bawah. Iman... Iman...


aktiviti Iman di rumah Tok Abah




Tengok muka nakal Iman. Orang suruh senyum, senyum camtu lak.... ;)


'senyum' la tu kononnya

Walaupun Mama selalu rasa penat, geram, tension dengan Iman, namun dialah penawar duka lara Mama, dialah buah hati Mama, dialah juga yang berjaya mengukirkan senyuman di bibir walau sedang tension, sedang sedih, sedang letih..


Dialah Ahmad Iman Bukhari, anakanda sulung Mama yang sangat2 Mama sayangi... ;)


si bucuk kesayangan Mama


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥