Sekarang ni jam 1.47 pagi Isnin. Semua dah tidur. Tinggal Mama saja terbelip2 bijik mata blom ngantuk lagi sebab siang tadi tidur lama sebab sakit pinggang ok. Yang boleh jadi tidur lama sebab anakandaku itu turut tidur lama. Hehe...
Selesai sudah tugasan untuk malam ni. Dah siap basuh kain, lipat kain, iron baju Ayah nak keje esok, basuh pinggan, kemas dapur. Nak menyapu je tak boleh sebab kat ruang tamu anak2 buah Ayah sedang tidur bersama2 Ayah. Malam ni anak2 buah Ayah (anak kakak Ayah) tidur sini. Dah menjadi kebiasaan diorang, kalau balik Perak (diorang duk Johor) mesti datang rumah Achik Amin (Ayah Iman la tuh) dan bermalam di sini. Kalau cuti panjang, ada la beberapa malam tidur sini. Kali ni diorang balik kejap je sebab cuti pendek kan. Balik pon sebab Pak Long nak bertunang kan.
Ha, alkisahnya nak cerita pasal pertunangan Pak Long la ni. Plan asal rombongan nak gerak dalam jam 12.00 tengahari Sabtu. Tok Abah dan Tok Mama (parents Mama) pun turut dijemput menyertai rombongan. Tapi disebabkan diorang ada kenduri jiran, diorang cakap nak gi asing dan jumpa di Ipoh saja. Alkisahnya lagi, Ayah Iman ada tugasan pulak, kena mengepalai majlis tahlil rakan setugasnya. So Ayah suruh Mama dan Iman ikut Tok Abah dulu. Ayah akan menyusul kemudian dengan FZ6R dia.
Lebih kurang jam 12.30 tengahari, Tok Abah tiba di rumah ambik Mama dan Iman. Barang2 nak bawak memang Mama dah siapkan awal2. Masa tu Iman baru je tidur lebih kurang setengah jam. Angkat2 je bangun terus. Pakai baju pun dalam kereta. Tapi sebelum tidur tadi Mama dah mandikan dan tukar pampers Iman dah.
Telefon Nenek, rupanya rombongan masih belum gerak. Kami tunggu kat simpang depan taman, terus ikut rombongan sekali la. Sampai di masjid area rumah bakal tunang Pak Long lebih kurang kam 2.00 petang. Solat siap2, kemudian terus gerak ke rumah bakal pengantin.
Mak oi.. gila beso rumahnya. Siap bau cat lagi, menandakan rumah baru kan. Sebenarnya bukanlah baru, cuma baru sambung je. Tapi memang besar la. Masih dalam proses pembinaan.
buah tangan daripada pihak lelaki
Iman adalah sangat sopan dan santun sepanjang majlis berlangsung. Mungkin terkejut tengok orang ramai2 kan. Iman duduk dengan Ayah. Mama duduk dengan adik2 Ayah. Gambar kat bawah ni adalah gambar kedua2 pihak sedang berbincang. Tempat orang lelaki duduk tu air cond ok. So adalah sangat selesa la diorang berbincang pung pang pung pang. Tempat perempuan duduk ni adalah sangat panas. Mungkin sebab hall luas, kipas lak tinggi kat atas, tingkap tak bukak, orang ramai. So berlakulah pengumpulan haba yang melampau2 sampai berfeluh2 Mama.
sedang berbincang
Perundingan adalah sekejap saja. Sebab semuanya akan diputuskan semula secara beransur2 berdasarkan perbincangan. Masa majlis ni ramai sangat kepala, so macam2 permintaan. Mungkin bapa pihak perempuan nak lebih privacy, so minta segalanya diputuskan antara beliau dengan Pak Long saja. Senang kan. Alhamdulillah, rezeki Pak Long la tu...
Lepas dah abes bincang, sesi sarungkan cincin la pulak kan. Mesti la Nenek yang sarungkan. Sama macam masa Mama bertunang dengan Ayah dulu. Juga sama macam Achik Asmak bertunang dengan Achik Ihsan dulu. Memang Neneklah yang akan sarungkan.
sesi menyarung cincin
tunang Pak Long ni berdarah kacukan mamak dan indonesia
Selesai semua, baru la sesi makan2. Sebenarnya awal2 sampai tu lagi tuan rumah suruh makan dulu. Tapi Atok cakap nak selesaikan semua dulu baru nak makan. Baru la dapat makan dengan selesa kan. Lauk pauk adalah super duper banyak dan sedap2. Dengan berianinya, kambing, daging, ayam.. macam2 la lauknya. Air pun macam2.
Yela, diorang kan tokey restoran. Memang takde masalah la bab2 makan ni kan. Semua makan dengan penuh berselera sebab masing2 dah lapar kan. Iman makan sikit je. Memang tak berapa lalu makan sikit sekarang ni. Ayah pun makan sikit sebab dah makan tadi masa kenduri tahlil.
Kami tak terus balik. Tok Mama ada urusan sikit di Ipoh. So kami berpecah la. Kami gerak dulu ke destinasi tujuan Tok Mama. Lepas selesai semua barulah kami gerak balik Taiping dalam hujan. Iman senyap je dalam kereta. Mama tau Iman dah ngantuk sebab tengahari tadi tak cukup tidur.
Mama tidurkan Iman. Iman tidur di pangkuan Mama sepanjang perjalanan. Mama pakaikan Iman sweater sebab cucaca sejuk. Kereta kat hiway adalah sangat banyak. Yela, musim cuti sekolah kan. Macam2 aktiviti keluarga la kan. Nak keluar tol Changkat Jering jalan jem. Hampir 30 minit jugak baru lepas tol.
Tok Abah hantar kami terus ke rumah. Ayah awal lagi dah sampai sebab kan Ayah gi asing kan. Balik pun asing la. Ayah balik dulu daripada kami. Iman tidur sampai pagi esoknya. Penat sangat la tu. Tak mandi pun sebab sejuk. Iman pulak batuk2 sikit.
Hari ni kami sekeluarga hanya rehat2 di rumah saja. Makan2 di rumah Nenek, sembang2 pastu rehat2 di rumah pulak. Mama memang tak buat kerja apa pun kat rumah sebab sakit belakang. Lagipun kan cuti sekolah, so Mama da banyak masa nak setelkan semua kerja rumah.
Tadi dah setel sebahagian. Esok sambung lagi. Nak tidur dah.. Sebelum tuh, nak nyempit jugak tempek gambar pertunangan Mama 4 tahun yang lalu... ;)
0 comments:
Post a Comment