♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, March 4, 2011

Temujanji

Pagi tadi lebih kurang jam 9.00 pagi kami bertiga dah keluar menuju ke sini...

Klinik Pakar Pediatrik
Hospital Taiping

Mama dah pernah cerita pasal ASD Iman dulu kat SINI dan SINI. ASD tu kalau cakap kita ni jantung berlubang la. Tapi Mama tak berapa suka sebut jantung berlubang sebab bila Mama cakap :

 "anak saya ada jantung berlubang"

Orang yang dengar mesti buat muka terkejut pastu cakap :

"ha? jantung berlubang?"...

Padahal lubang di jantung Iman sekecil 0.3cm je.. Yang selebihnya Mama tak suka cakap banyak2 pasal lubang di jantung Iman sebab kata2 ibu ni kan doa. Selalunya cepat2 Mama cakap balik :

"kecik je lubangnya... tak bahaya pun.. nanti tutup sendiri"

Niat dalam hati sebagai doa juga... Doa seorang Mama kan makbul... Insya-Allah..

Memang dah mengecil pun lubangnya. Dulu awal2 scan saiznya adalah 0.4 cm. Dah mengecil 0.1 cm. Alhamdulillah... 18/4 ni ada check up untuk prosedur echocardiography (dalam bahasa mudahnya nak scan jantung la..) di Klinik Pakar Jantung Hospital Pulau Pinang lak. Doa Mama kali ni tertutuplah hendaknya walau hanya 0.1 cm lagi...

Inilah antara gelagat Iman sementara menanti giliran bertemu doktor... ;) Nasib baiklah kali ini Ayah Iman ada. Bolehlah tolong tengokkan dan kejarkan Iman. Hehe...

tengah fikir nak buat apa...

Iman dan Ayahnya

Temujanji kali ini seperti biasa saja. Doktor cakap semuanya ok. Perkembangan Iman adalah seiring dengan usianya. Selesai jumpa doktor, kami bertiga pergi makan tengahari. Waktu makan di kedai adalah satu cabaran yang besar bila Iman ada bersama. Hehe.. Habis baju Mama (baju Iman sudah semestinya la..) kuning2 terkena kuah gulai. Adoii..


Cadangan awalnya nak ke kedai bunga beli barang nak buat hantaran Pak Long Iman yang akan bertunang 12/3 ni. Tapi bila dah Iman buat perangai kat kedai (sebenarnya mengantuk), Mama cadangkan kami balik rumah dulu. Biar Iman mandi, tidur dan berehat dulu. Petang kami keluar semula. Barang2 hasil rembatan tu nanti bila dah siap gubah Mama update lagi ya... ;)


Yang Ini Pun Best



1 comments:

Three Musketeers said... [Reply to comment]

Insya Allah...:) Amin...:)

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥