Ahad aritu Mama dan Iman gi basuh kereta. Walaupun badan rasa tak larat dan lemah, Mama gagahkan jugak singgah basuh kereta dalam perjalanan pulang ke rumah dari rumah Tok Mama.
Mama dah plan kalau kereta tak banyak nak singgah. Kalau kereta berderet tak kuasa nak berfeluh2 menunggu turm. Alhamdulillah rezeki kami. Masa kami sampai ada 2 buah kereta dan sebuah lori saja. Sebuah kereta tu pun dah nak siap basuh dah. Terus la kami drive in dan tercongok la kami berdua kat situ menunggu kereta dibasuh.
Dulu2 masa awal2 mengandung Mama lebih suka basuh sendiri. Tapi takdela basuh beria2 bersabun bagai. Basuh bagi bersih saja. Kereta kami warna gelap, so kalau habuk sikit pun nampak macam kotor sangat. Bila dah sarat ni tak larat dah la nak basuh sendiri. Walaupun ada 'pembantu' kan. Si Iman tu la pembantu Mama. Setiap kali basuh kereta dia la yang syok habis.
Tu la dah kata tadi rezeki kami kan. Elok2 je kami duduk nak menunggu kereta dibasuh, berderet2 kereta singgah nak basuh jugak. Sampai dah jadi huru-hara dah kat kawasan basuh kereta tu. Kawasannya takde la luas mana. Tapi ramai jugak yang suka basuh di situ.
kelam kabut sikit
lori nak undur.. kereta belakang nak masuk
atas jalan ada lagi kereta menanti
tengok kereta kami dah siap dibasuh
nak gi vacum lak.. ;)
Sebenarnya dulu2 feveret car wash kami bukan kat sini. Sini pun baru je lagi kami cuba. Tempat feveret kami dulu sekarang ni dah ramai sangat pelanggan setianya. Harganya pun ok, RM7 je untuk basuh luar dan vacum. Kalau kat sini RM8. Tapi takpela lebih seringgit pun daripada kena menunggu berjam2. Pernah juga Mama singgah kat car wash berdekatan sini, RM10. Kalau MPV RM15. Isk, mahal sangat rasanya berbanding car wash lain kat sini. Harga di tempat anda bagaimana?
Lagipun disebabkan ramai sangat pelanggan mereka, adakalanya servis jadi kureng sket berbanding dulu. Sebab tu la kami beralih ke tempat lain pulak. Tak lama pas huru-hara tadi, kereta kami pun siap sepenuhnya. Terus balik rumah... ;)
0 comments:
Post a Comment