Sejak 3 minggu lalu, inilah minuman Mama setiap hari. Ubat pelawas kencing. Disebabkan Mama menghadapi masalah UTI atau biasa kita panggil kencing kotor, terpaksa la minum ubat ni setiap hari.
ubat ni kalau tuang dalam air dia jadi berbuih2
pastu bunyi2 macam eno tu..
kalau tutup cawan ni, penutupnya akan terbukak sendiri
pernah berlaku di sekolah..hehe..
Pernah juga miss minum, mula la kencing jadi macam tak lawas semula dan terasa sakit di bahagian ari2. Ubat yang doktor bagi sebelum ni ubat cecair. Rasanya tak sedap langsung tapi terpaksa la Mama gagahkan jua menelannya. Ural ni rasanya sedap.. ;)
Dah habis ubat tu Mama beli Ural pula, atas nasihat seorang teman yang juga merupakan seorang nurse berpengalaman luas. Pastu dah dekat seminggu Mama tak amalkan minum air barli. Alhamdulillah berkesan jugak bila minum barli tu. Ingat petang ni nak buat la semula. Stok aritu dah habis, nak rebus lagi tu yang ala2 ada virus M, ditambah lagi dengan keadaan kesihatan yang tak berapa mengizinkan.
Sekarang ni Mama kena check up 2 hari sekali! Sangat memenatkan. Mama kena ambik tekanan darah setiap 2 hari sekali sebab berat naik berlebihan. Dikhuatiri berlaku sawan. Nauzubillahi min zalik... Boleh bawa maut kepada anak dan ibu...
Urine pun kena check 2 hari sekali untuk memastikan paras gula berada pada tahap yang sebetulnya. Oleh kerana masalah2 ini, Mama stop dulu ambil vitamin2 Shaklee sebab risau ada gangguan pada pemantauan mereka. Insya-Allah, dah habis check up 2 hari sekali ni (selama 2 minggu), Mama akan mula makan balik vitamin Shaklee sebab Mama dah rasa macam tak larat sangat2 sebab badan Mama tak ditampung dengan vitamin2 yang sepatutnya...
Oleh kerana risau berlaku macam pas bersalin Iman dulu (tak boleh kencing langsung pas bersalin), Mama cadang nak sediakan siap2 Ural ni sekotak dan simpan untuk apa2 kejadian tidak diingini pas bersalin nanti. Walaupun sebenarnya apa2 persediaan menyambut adik Mama belum buat lagi.. Sian adik.. Dulu masa Abang, kandungan masuk 6 bulan semua dah ready..
Mama baru mula menjahit barut Adik minggu lalu. Belum siap sepenuhnya lagi. Insya-Allah dah nak start sikit2 menyediakan keperluan anak kedua Mama ni..
0 comments:
Post a Comment