♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Tuesday, April 5, 2011

Perkataan Iman

Semalam Iman genap 1 tahun 10 bulan...


Sekarang ni Mama sedang menaip entri sambil memangku si Iman Bukhari yang tak bam bam tapi beratnya ya ampun.. Haha..


Iman sekarang sangat pandai bercakap. Rasa senang sikit berkomunikasi dengan Iman sebab Mama faham dia, dia faham Mama. Kalau Iman tak faham dia akan cakap "ha? ha?".. ;)


Juga dah pandai menyusun perkataan menjadi ayat lengkap yang mudah. Contohnya : "Mama, nak susu."


Semalam Mama perasan perkataan baru Iman, "saya". Ayat Iman, "Saya nak tu" (sambil tangan tunjuk tin roti).. Haha.. Mana la Iman belajar ganti diri "saya" ni ek... Banyak kali jugak Iman guna perkataan "saya" tu...


Baru kejap tadi ada satu lagi perkataan baru Iman, "yang". Ayat Iman, "Mama, Iman nak yang tu" (maksudnya nak tengok upin ipin kat skrin laptop). Pandai betul Iman bercakap. Petah dan jelas maknanya. 


Kadang2 geram sebab bila Mama marah dia pun ikut ayat yang Mama marahkan dia tu.. Ish..ish..last2 Mama sembunyikan jela tawa Mama..


Nanti kalau ada perkataan2 baru Iman Mama update lagi di sini...


gambar terbaru Iman yang baru snap tadi... ;)


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥