Ahad lalu kami sekeluarga ke kebun Tok Abah dan Tok Mama lagi. Kan dulu dah pernah cerita kisah picnic di kebun Tok Abah kan. Kali ni pergi lagi.. ;)
Kami pergi lewat sedikit. Tok Abah dan Tok Mama awal2 pagi lagi dah gerak ke kebun. Tok Abah kol suruh datang kait buah duku. Kebetulan Mak Njang Iman balik minggu ni dengan housemate dia kan. Iman dah lupa pada Mak Njangnya. Dia duk panggil Mak Njangnya dengan panggilan Achik Ana. Mungkin sebab cuti sekolah baru2 ni Achik Ana rajin melayannya.
Masa nak gerak ke kebun tu Iman baru bangun tidur. Dengan berbaju singlet takde lengan tu la Iman ke kebun. Biasa la kat kebun mesti la nyamuk banyak walaupun dah tengahari kan. Tergaru2 la si Iman Bukhari.... ;)
kesian Iman kena gigit nyamuk
takpe la.. bukan selalu kan..
lagipun dah tengahari tak bahaya..
Iman sangat seronok dan teruja berada di kebun. Kalau boleh nak menjelajah seluruh kawasan kebun. Lari sana lari sini. Walaupun gatal2 kena gigit nyamuk tapi tetap aktif seperti biasa...
Tok Abah dan Tok Mama masih meneruskan kerja2 membersihkan sekeliling pokok vanila yang ditumbuhi rumput2 halus. Ayah pun turut membantu...
Iman bersama kawan Mak Njangnya
mula2 Iman panggil Achik Ana jugak
pastu Iman panggil 'kawan Mak Njang'
Gambar masa makan Mama tak snap sebab tak larat. Sebenarnya Mama memang tak berapa sihat sebab sakit di bahagian ari2 masih terasa. Tapi gagahkan diri memberi kebahagiaan untuk suami dan anak...
Iman makan sendiri. Berselera sekali. Ditambah pulak dengan gulai lemak yang pedas2 tu kan. Iman memang suka pedas. Tapi lepas makan... biasa la.. kena la mengemas tempat makan Iman yang bersepah2 tu kan.. Takpe la Iman, janji Iman makan kan...
Lepas makan bergotong-royong mengait buah duku pulak. Ayah tukang kait, Mama dan Iman tukang kutip. Kalaulah Mama sihat masa tu mesti banyak gambar Mama snap. Gambar2 yang Mama tempek kat sini pun adalah ihsan kamera Tok Mama yang disnap oleh Mak Njang.
Ketika mengutip buah duku, Iman bukannya kutip pastu masukkan dalam baldi. Tapi Iman kutip pastu baling merata2. Iman.. Iman.. Siap jatuh2 longkang lagi ha. Tapi Iman gelak je, tak nangis pun. Kan eksaited katanya. Bila dah penuh baldi dengan buah duku, Iman kutip buang ke tanah balik. Adoii..penat la orang mengutipnya tadi nak oiii...
Bagi pakai kasut tapi dia bukak pastu nak berkaki ayam je. Dalam kebun mana boleh berkaki ayam. Kot2 nanti ada duri ke apa ke kan. Last2 Mama bagi pakai kasut yang bertali kat belakang tu. Baru la lekat lama sebab Iman tak pandai bukak.
Masa aktiviti kait dan kutip buah duku takde gambar, tapi masa aktiviti kait dan kutip buah langsat ada la gambar sikit Mama snap. Sebab pokok langsat kat tepi pondok je, senang la sikit Mama snap kan.
sibuk cari buah kat pokok jugak si tecit ni...
suami Mama..
Ayah Iman...
Orang sibuk mengait langsat, Iman sibuk main anak kucing. Kebetulan ada pulak 3 ekor anak kucing kat kebun Tok Abah. Sian, mengiau2 kelaparan. Agaknya ibu kucing tu takut la nak datang bila orang ramai2 camtu kan.
Iman memang suka kucing. Iman berani pegang dan angkat kucing tu. Sesekali kucing tu cakar, Iman lepas la kucing tu.
Suka sangat main kereta sorong Tok Abah. Sebelum ni Iman duduk dalam kereta sorong tu jalan2 pusing kebun. Tapi kali ni tak boleh la nak duduk dalam tu sebab busuk bekas kucing tu duduk.
Selesai kait dan kutip buah-buahan, kami pun bersiap2 balik ke rumah. Sampai rumah terasa penat gila padahal Mama bukan buat apa pun. Mungkin sebab sebelum tu lagi Mama dah tak berapa sihat kan. Nanti taktau la bila lagi nak datang berkelah di sini. Kalau adik dah kuar kena tunggu adik besar sikit la...
Terasa tenang dan damai dikelilingi pokok2. Sejuk dan nyaman. Nanti kami kembali lagi... ;)
0 comments:
Post a Comment