♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Monday, April 11, 2011

Topi Keledar


Sabtu lalu kami bertiga meronda pasar malam sebab Mama tak larat nak memasak. Baru lepas hujan, cuaca sejuk. Kami naik motor je sebab senang nak parking.

Mama suka naik motor ke pasar malam tapi Mama risau bila Iman ikut sama. Sebab Iman takde topi keledar. Biasanya Mama pakaikan Iman kopiah saja. Kesian Iman kesejukan.

Balik dari pasar malam Mama cadangkan pada Ayah terus beli topi keledar Iman sebab kedai yang jual tu belum tutup lagi waktu tu. Ayah setuju dan teruslah kami ke kedai tersebut.

Ada warna merah, hijau dan kuning. Ayah yang pilihkan topi keledar Iman. Ayah pilih warna kuning. Mama memang dah agak Ayah akan pilih warna kuning sebab Ayah memang suka kuning... ;)

Punya la seronok Iman dapat topi keledar baru. Kerisauan Mama pun dah kurang sikit la bila Iman naik motor pakai topi kan. Jom kita tengok aksi Iman dengan topi keledarnya...

Iman pakai topi keledar baru

Dah sampai rumah pun taknak bukak topinya. Mama pun tak paksa Iman bukak topinya itu sebab Mama tau Iman mesti eksaited dapat topi baru.... ;) Siap naik kereta pakai topi keledar lagi. Ke hulu ke hilir dengan topinya.. Seronok sangat Iman...

senyum lebar dengan topi kuningnya


Yang Ini Pun Best



1 comments:

Farah Shamsudin said... [Reply to comment]

Seronoknya Iman dapat Topi baru yer..:) bole pakai nanti..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥