♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, April 10, 2011

Hujung Minggu Nan Suram

Hujung minggu ini Mama agak moody. Rasa cepat nak marah, badan tak berapa sihat, mood tak berapa ok. Sian Iman. Pantang silap sikit meninggi la suara Mama. Iman tak salah, sayang. Apa2 yang Iman buat, walaupun sebenarnya tak boleh buat, tapi Iman tetap tak salah. Iman taktau dan tak faham apa2. Yang Iman tau nak main dan berseronok saja.


Banyak faktor menyebabkan Mama moody. Antaranya adalah Jumaat aritu dapat call daripada Klinik Ibu & Anak meminta Mama pergi ke Hospital Taiping untuk follow up kes uri bawah Mama tu. Adoi.. membosankan sungguh la.. Mama risau kena tahan wad sedangkan persiapan menyambut adik apa pun Mama tak buat lagi.


Malam tu berkesempatan jumpa isteri kawan Ayah yang merupakan nurse, menurut beliau kalau kes macam Mama (low lying placenta) biasanya diorang tak tahan wad. Sebab kes biasa. Beliau nasihatkan Mama gi je scan Isnin ni. Insya-Allah tak kena tahan wad. Moga Allah permudahkan segala urusan Mama...


Pastu Sabtu ada program pulak di sekolah. Rasa macam tak larat sangat nak pegi. Mama gi pun dah lewat sebab Iman bangun lak masa Mama dah nak keluar rumah. Dodoikan dia tidur buai dulu. 


Balik rumah tengahari tu Mama kemas2 rumah serba sikit, pastu lebih banyak baring je sampai petang. Bangun solat jela. Iman pulak tidur. Hujan pulak tu. Lagi la best tidur rehatkan badan kan.


Malam tadi sempat gi rumah Tok Abah dan Tok Mama jap. Tak tidur sana pun sebab pagi ni Tok Abah dah Tok Mama nak gi kebun. Lagipun Ayah ada ride pagi ni. Tinggal la Mama dan Iman berdua saja di rumah.


Badan memang tak larat, kepala berat memikirkan macam2 hal, perasaan tak tenteram... Mama perlukan sokongan dan kata2 semangat. Tapi daripada siapakah mampu Mama dapatkan itu?....


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥