♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Saturday, May 7, 2011

Belum Pernah Berlaku

Sejak mula bertugas di sini pada tahun 2007, belum pernah berlaku kejadian sebegini di sekolah Mama. BANJIR!


Gambar ini Mama snap daripada bilik j-QAF saja sebab malas nak panjat tangga ke tingkat atas. Kalau diambil dari tingkat atas lebih jelas. Padang sekolah kami dipenuhi air. Bukan setakat bertakung malah siap ada arus lagi.

Menandakan banjir kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah sekolah kami. Makmal komputer habis dinaiki air. Kabel2 semua taktau la apa khabarnya sebab semua saluran kabel dimasuki air. Pasni perkhidmatan wireless di sekolah mungkin terpaksa dihentikan buat sementara waktu untuk memantau keadaan kabel2 tu dulu.

Murid2 bukan fikir bahaya atau susah. Mereka sangat seronok main air banjir sampai jenuh guru2 terjerit2 melarang. Yela, bahaya la kan. Kot ada ular ke binatang2 bahaya ke apa dalam air tu, tak ke naya. 

Kang mak bapak senang2 je tuduh cikgu yang bukan2 padahal anak mereka yang degil taknak dengar cakap kan. Betul tak? Untuk mengelakkan perkara2 tak diingini berlaku, lebih baik mencegahnya awal2. Kereta guru2 pun banyak yang dah mula ditenggelami air. 

Kebetulan hari ni Mama tak bawa kereta sebab Ayah hantar. Biasanya memang camtu bila hari hujan. Ayah akan hantar Mama dan Iman dan gi kerja dengan kereta. Kalau tak hujan Ayah gi kerja naik motor.


Sampai ke tengahari pun air masih tinggi lagi. Namun begitu keesokan harinya air dah mula surut. Lega la sikit kan. Kalau tak agak sukar la nak belajar. Bukan sebab kelas dinaiki air (sebab bangunan sekolah tak dinaiki air, mungkin tinggi sikit kawasannya), tapi disebabkan murid2 tak senang duduk asyik memikirkan nak main air banjir...


Ada sorang cikgu ni keretanya tak boleh start. Mungkin sebab keretanya berada di kawasan yang lebih dalam kot. Apa2 pun syukur takde apa2 kecederaan fizikal yang berlaku sepanjang tragedi ini.


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥