♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Saturday, May 7, 2011

Bila Iman Di Padang

Kalau ikut perancangan awal, olahraga tahunan sekolah kami dah lama berlalu iaitu pada bulan Februari. Namun begitu, disebabkan halangan2 tertentu, sukan terpaksa ditunda ke bulan Jun. Tarikh yang telah ditetapkan untuk kejohanan olahraga tahunan sekolah kami adalah pada 25.06.2011, dan due date Mama adalah pada 27.06.2011! Hehe...


Mama pun tak pasti sama ada sempat atau tidak menghadiri kejohanan tersebut. Bermula minggu ini latihan sukan telah giat berjalan. Selasa lalu adalah giliran rumah Mama iaitu rumah biru. Mama bawa Iman bersama. Iman dah besar sekarang. Sekiranya ada apa2 program sekolah pada sebelah petang, Mama memang bawa je Iman. Senang, tak perlu susah2 minta tolong orang jagakan anak Mama.


Tapi nanti bila dah ada adik kena la jugak menyusahkan sesiapa. Hehe.. Sama seperti masa Iman kecik2 dulu... 


Cuaca adalah redup dan langit nampaknya dah semakin memberat. Menanti masa nak membasahi bumi saja. Namun latihan tetap dijalankan. Mama banyak memerhati saja. Kiranya hadir untuk menunaikan tugas saja la. Tapi tak larat nak buat apa2.


Nasib baiklah ada 2 orang rakan sekerja yang membantu. Merekalah yang handle latihan pada petang itu. Mama hanya memerhati dan sekali-sekala memantau pergerakan Iman.


Iman eksaited tengok abang2 dan kakak2 berlari sana sini. Dia pun lari sana sini juga dengan selipar jepun hijaunya yang Mama beli dengan harga RM1.30. Hehe...



Iman sebenarnya mengantuk. Mama tau Iman mengantuk. Tapi disebabkan ada perkara2 yang lebih menarik daripada tidur, Iman takde la nak tidur. Malah aktif saja seperti biasa. Mungkin sebab dah biasa main sorang2 di rumah, Iman tak kekok walaupun terpaksa bermain sorang di padang yang luas itu... ;)

Iman kepenatan dan berehat sebentar


Bila kepenatan, Iman duduk berehat sebentar. Atau paling tidak berlari ke arah Mama dan duduk di atas riba Mama. Mula2 Mama pun berdiri saja melihat anak2 murid berlatih. Lama2 tak larat dah berdiri, terpaksa la duduk atas rumput... ;)

murid2 giat berlatih


 Walaupun anak Mama hero, tapi akhirnya rebah jua di pangkuan Mama bila disuakan susu. Mungkin dah sampai ke tahap maksimum dah penat campur mengantuknya itu. Tergaru sana tergaru sini dah, mungkin miang2 rumput terkena badan Iman. Kemucup pun banyak yang melekat pada baju dan seluar Iman.

 mengalah jua akhirnya


Tak lama lepas tu latihan sukan pun tamat sebab hari dah nak hujan sangat2 dah. Kesian kat murid2 nanti nak balik dalam hujan. Mama dan Iman pun bergerak pulang sebelum hujan menitik ke bumi...




Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥