♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, July 27, 2011

Puasa Tertunggak

Alhamdulillah.. puasa yang tertunggak sehari itu telah selamat dilunaskan semalam. Nasib baik hanya sehari sahaja. Kalau tak terduduk jugalah nak pulun mengganti memandangkan Ramadhan dah hampir tiba.


Oleh kerana rutin mengepam adalah setiap 2-3 jam sekali, maka Mama taklah tertinggal waktu bersahur. Alhamdulillah.


Hanya bersahur dengan nasi dan ikan bilis serta minum air milo campur ESP dan performance drink, alhamdulillah Mama boleh bertahan sehingga ke petang. Pada awal pagi tu buat itu ini macam orang tak puasa, terasa jugak dah macam nak goyah. Tapi bawa2 berehat (maklum sajalah kan baru lepas pantang 2,3 hari), baring sambil nyusukan adik, akhirnya badan terasa segar semula.


Hinggalah ke waktu berbuka badan masih dapat bertahan malah dapat menyusukan adik hingga kenyang seperti biasa walau tiada cecair yang memasuki badan pada siang harinya.


Insya-Allah menjelang Ramadhan ini setiap waktu sahur dan berbuka Mama akan sediakan ESP bersama performance drink untuk kesegaran tika berpuasa insan2 tersayang. Juga untuk memastikan misi Mama berjaya.


Moga dipermudahkan Allah SWT...

Yang Ini Pun Best



1 comments:

HARITH SYAHMI said... [Reply to comment]

selamat berpuasa=]

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥