Sedikit terkilan kerana Ramadhan tahun ini Mama tak dapat bersolat tarawikh lantaran tuntutan dengan anak2 perlu diutamakan. Ditambah lagi dengan suami yang sering tiada kerana bertugas pada waktu malam. Namun Mama tetap bersyukur kerana diberi kesempatan dan nikmat kekuatan tubuh badan untuk menunaikan puasa hingga ke akhirnya.
Harapan dan doa Mama moga Ramadhan ini bukanlah yang terakhir buat Mama. Moga dipertemukan semula Ramadhan pada tahun hadapan. Mungkinkah dengan cahaya mata baru lagi? Wallahu 'alam. Apapun Mama terima dengan redha.
Esok hari raya. Aidilfitri kali ini lebih bermakna kerana kami akan beraya berempat dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga, Ahmad Iman Bunyamin. Tahun ini Mama beraya dengan keluarga Mama. Seronok rasanya dapat beraya dengan keluarga. Baju2 raya untuk kami sekeluarga semua sudah siap sedia diseterika sejak semalam lagi. Moga segalanya berjalan lancar esok.. ;)
0 comments:
Post a Comment