♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, September 2, 2011

1 Syawal

1 Syawal tahun ini kami beraya dengan family sebelah Mama. Ala, sebenarnya rumah family Mama dan Ayah ni dekat2 saja so hari raya pertama pun boleh jumpa kedua2 belah family kan. Cumanya nak kira pagi raya tu jela di mana.


Awal pagi Mama dah bangun. Mengepam dulu awal2 sebab nanti kelam kabut buat itu ini tak dan nak pam dah kan. Memang dah plan awal2 Mama akan tetap mengepam walaupun raya. Huhu..


Anak2 belum bangun lagi masa Mama mengepam. Selesai pam adik bangun. Bila dah ramai, sukalah adik sebab ramai yang melayannya kan. Cuba kalau di rumah tentu dah melalak bila lapar dan bila takde orang tepi dia.


si abang Bukhari


Mama mandi, anak2 mandi pastu pakai baju baru. Snap sana snap sini.  Anak2 dua2 dah comel berbaju melayu. Yang lelaki ke surau menunaikan solat sunat aidilfitri. Yang fomfuan berjimba2 di rumah sambil makan2 sambil tengok tv sambil menunggu yang ke surau pulang sebab nak balik kampung pula.


si Adik Bunyamin


Tahun ini Tok Abah tetiba diserang sakit pinggang. Mungkin sebab makan lemang kot. So Tok Abah hanya bersolat di rumah saja. Tok Mama, Pak Su dan Ayah saja yang ke surau. Bila diorang dah balik, siap2 balik kampung jumpa Tok Nek (nenek Mama sebelah ibu) pula. Sempat la ziarah-menziarahi sanak saudara di kampung. Petang kami pulang semula ke rumah Tok Abah.


Malam itu kami balik tidur di rumah sendiri. Mama siap2 packing barang2 untuk nak beraya esok di kampung sebelah Tok Abah pula. Lewat jugalah Mama tidur malam itu. Nasib baiklah anak2 tak buat perangai dan baik2 saja.


2 Syawal dalam entri lain ye sebab malas nak menaip pepanjang kang jemu lak membacanya.. ;)


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥