Mama izinkan je sebab sian jugak dah lama Abang Iman terperap saja di rumah. Kalau jalan2 pun hanya keluar beli2 barang je pastu balik. Mama fikir takpela, mungkin boleh hilangkan boring Abang.
Hampir jam 11.00 malam Abang Iman masih belum pulang. Mama sms makciknya bertanya, rupanya Abang Iman bermalam di rumah Pak Long. Mama tak kisah kalau siang, tapi kalau malam Mama risau mengganggu tidur makcik2nya. Yela, Abang Iman tu malam2 suka mengigau. Dah tu kalau ngigau tanak orang lain selain Mama.
Tapi takpela, mungkin bila Mama takde di sisi Abang Iman pandai berdikari. Ayah pula keluar bertadarus di surau. Makanya tinggallah Mama bersama si pemilik kaki chumel ini...
kaki siapakah yang bam bam ini?
Bila malam tiba si adik banyak nak berjaga dan bermain daripada lena. Selalunya Mama akan syak Bunyamin kembung walau sebenarnya Bunyamin sakit perut nak membuang. Hua hua. Akhirnya setelah perutnya selesa selepas buang air besar, Bunyamin terlena di pangkuan Mama.
sudah pandai menghisap jari sendiri
belum masuk jari si abang yang ingin memujuk
bila adik merengek2 masa Mama buat kerja di dapur
Sudah terbiasa melayan kerenah 2 anak, bila seorang tiada terasa sunyi pula walau yang seorang lagi masih di pangkuan. Oh, memangku si adik kini tidak semudah seawal kelahirannya dulu. Pastinya sebab badan adik dah bam bam berkat susu Mama. Bangganya Mama menjadi Mamamu dik...
Ahmad Iman Bunyamin
putera hati Mama
0 comments:
Post a Comment