♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, August 25, 2011

Kalau Rajin Kan Leh Dapat Lebih Lagi

Mungkin peti ais di rumah sudah mula jemu melihat muka Mama asyik mengadap dia saja sejak mula pulang ke rumah lepas habis pantang aritu. Yela, kalau Mama buat projek menyimpan susu dalam liner, sudah semestinya Mama akan mengadap peti ais sebab itulah port yang paling strategik kerana di sebelahnya adalah microwave oven maka selamatlah susu2ku itu daripada tangan Abang Iman. hehe.


Semalam buat projek lagi. Biasalah, itu adalah rutin seharian Mama kini. Duk ulang2 buat benda yang sama setiap hari hingga Mama rasa cam seronok lak menguruskan ebm. Kadang2 terfikir, inilah susu daripada badanku sendiri. Subhanallah...


stok2 susu perahan


Mama dah kongsikan cara Mama simpan ebm dalam liner kan, so entri kali ini adalah entri saja2 sebab teruja tengok botol2 dan ebm2 yang chumel2 itu...

ebm yang sudah sedia untuk dibekukan

Eh, tapi bukanlah akan dibekukan seperti dalam gambar di atas. Tak jimat ruanglah kalau camtu. Yang itu Mama letak dalam bekas eserem dulu tanak bagi dia terabur2 sebelum Mama susun elok2 dalam 2 bekas eserem. Semua sekali ada 10 liner, so Mama bahagikan kepada 2 bekas eserem. Simpan secara berbaring untuk jimatkan ruang penyimpanan.

botol2 yang telah kosong dan sedia untuk dibasuh

Mama memang suka campak2 saja botol2 kosong dalam mangkuk besar ni sambil projek menyimpan ebm dalam liner berjalan. Mudah sebab nanti senang angkut je untuk dibasuh sekaligus.

Hari ini Mama berjaya mengumpul ebm sebanyak 17 oz sehari. Memang membanggakan sebab biasanya Mama hanya dapat kumpul 10-12 oz saja. Ni kes skip mengepam la ni. Dalam sehari Mama akan wajib mengepam bermula daripada jam 6 pagi - 9 pagi - 12 tengahari - 3 petang. Sepatutnya jam 6 petang  juga ada sesi mengepam tapi biasanya Mama tak berkesempatan mengepam waktu itu.

Malam pula sepatutnya mengepam jam 9 malam - 12 tengah malam - 3 pagi. Sejak pulang ke rumah sendiri, biasanya Mama hanya mengepam jam 12 tengah malam saja. Sesi 3 pagi sering diabaikan sebab tak sedar. Haha..

Isk, kalaulah Mama lebih disipling tentu koman2 pun leh dapat 20 oz sehari kan. Aduhai.. semangat, datanglah dengan lebih kerap... ;)


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥