♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Saturday, August 20, 2011

Kecil Molek Tapi Sangat Bermakna

Oleh kerana freezer sudah padat dengan ebm, maka Mama pujuk2 Ayah untuk beli deep freezer. Alhamdulillah, tanpa banyak soal Ayah setuju dapatkan sebuah deep freezer untuk Mama simpan semua stok ebm beku untuk Bunyamin.


deep freezer ku yang terpaksa menghuni stor
dek kerana kesuntukan ruang dan suis di rumah comelku ini ;)


Kalau ikutkan hati, memang nak beli upright freezer iaitu freezer jenis buka ikut depan dan ada laci2. Senang nak uruskan keluar masuk stok. Dah macam meniaga pulak rasanya ye.. Hehe..


Tapi memikirkan kemungkinan Abang Iman akan buka tutup pintu tu selagi tak puas, atau mungkin bila dah buka tutup tak rapat ke apa, makanya ebm pun mencair, makanya Mama akan meraung mengenang nasib, makanya baheklah mengambil langkah berjaga2 dengan membeli deep freezer yang buka ikut atas tu.


ebm yang dah transfer masuk
tapi belum susun lagi sebab duk kalut dengan Abang Iman

Mama beli di Giant dengan harga RM699. Kecil molek saja rupanya dengan kapasiti 110 liter saja. Tapi sangat berharga buat Mama. Pembakar semangat untuk Mama lebih kerap mengepam dan mengepam dan mengepam buat si bam bam Bunyamin.. ;)


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥