Kami pulang ke rumah sendiri pada 6.8.2011 lalu, bersamaan 6 Ramadhan pada usia Bunyamin 57 hari. Sempatlah berpuasa selama seminggu di rumah Tok Abah sebelum pulang ke rumah sendiri.
Maklum sajalah dah tinggal rumah hampir 2 bulan, stok apa pun takde. Barang2 dapur pun banyak yang dah habis. Oleh sebab itu, selepas Zohor kami keluar shooping ke Giant.
Ini adalah kali pertama kami shopping berempat. Anak beranak sajork lah ye kali ini. Kalau sebelum ni hanya keluar ke klinik sajork, itu pun pasti berteman atau paling tidak Abang Iman tinggal di rumah sebab dah tau akan kalut jadinya jika Abang Iman ada bersama.
Katanya anak 2 kan, so kena belajar membiasakan diri dengan status 'anak 2' tu la mulai sekarang. So terkedek2 la kami ke Giant shopping time kan..
Abang & Adik
Mulanya Abang Iman behave lagi la kan, nak la berdiri dalam troli tu. Lama2 bila kebosanan melanda, mula la nak turun bawah. Aduihhh... Si adik juga dah mula menyanyi nak susu. Nasib baiklah susu adik anytime anywhere available kan.. ;)
Balik2 shopping Mama sakit pinggang. Aduih..kalaulah Tok Mama tauuuuu.... ;)
0 comments:
Post a Comment