Pagi tadi terbangun lewat sebab semalam dan malam tadi badan adalah sangat2 penat. Penat sebab terpaksa terkejar2. Yela, nak menguruskan 3 orang lelaki kesayangan yang kesemuanya demam.
Mama hanya tersedar bila jam menunjukkan angka 6.00 pagi. Melompat bangun dari katil. *ok tipu. Takdela melompat sangat tapi kira cam ala2 melompat jugak la bila dah kelam kabut gitu. Mana taknya, perkara pertama yang difikirkan bila bangun tidur pagi2 adalah 'mengepam'. Memikirkan jam dah kul 6.00 pagi, adakah sempat? Tu yang melompat tu.
Acara wajib iaitu mengepam memang KENA buat. Kalau tak tentu nanti Mama merana bengkak susu sementara nak tunggu masa free untuk mengepam. Lagipun Mama taknak skip jadual pumping Mama. Risau production merajuk lalu Mama meroyan. *ok tipu lagi. Sebenarnya Mama memang bersungguh2 nak fully bf adik so Mama sanggup buat apa saja untuk menjayakannya. No virus M ye..
Semua benda Mama buat dengan laju. Pam pun 11 minit saja. Janji tetap pam walau sekejap. Mama dengar Bunyamin dah hek hek dalam bilik tapi dek kerana lewat Mama tinggal dulu sebab Bunyamin hanya hek hek tapi mata pejam so masih baru bunga2 nak nangis jela tu. Mama mandi dan solat dulu. Sebelum solat abang nak susu so Mama berkejar2 buat susu, bagi abang minum dan solat.
Pas solat siap2 pakai baju, masuk barang dalam kete, sidai kain *fuh, sempat lagi tu, nampak lori sampah berlari lak hantar sampah ke depan walaupun tengok2 turn rumah kami dah lepas *takpela janji tak duk dalam rumah sampah tu. Ambil Bunyamin, dah berak pulak. Basuh lak berak, tukar pampers, susukan Bunyamin.
Setel semua masukkan Bunyamin dalam kereta dan terus ke sekolah. Abang tinggal dengan Ayah lagi arini sebab Ayah dapat mc 2 hari. Mula2 Mama nak bawa tapi Ayah insist nak jaga Abang so hantar adik saja la ke rumah Opah.
Hari ni Mama ada mesyuarat pas sekolah. Kira petang la baru balik. So Mama bekalkan 6 botol x 3 oz ebm untuk Bunyamin. Sebelum hantar adik tadi Mama dah bagi makan ubat demam. Harap2 cukup la ebm Bunyamin hari ini sebab Mama tak pasti jam berapa Mama habis mesyuarat.
Hari ni sengaja Mama ubah sikit jadual mengepam masa di sekolah. Biasanya Mama mengepam jam 8.00 pagi. Tapi rasa dekat sangat jaraknya selepas direct feed Bunyamin jam 7.00 tadi. So Mama pam jam 9.30 pagi. Mama dah buat jadual khas, nanti Mama upload kemudian.
sesi pertama
Hasil perahan sesi pertama berjaya dapat 6.5 oz. Sesi kedua pulak jam 1.00 tengahari tadi. Berjaya dapat 6.5 oz juga. Bermakna hari ini di sekolah Mama dapat kumpulkan lebih kurang 13 oz. Syukur alhamdulillah... ;)
sesi kedua
Sekarang Mama masih di sekolah sebab malas nak balik. Malas nak berkejar2. Kang kalo balik kang sian lak nak tinggal abang. Sian tengok mata dia bila kita tinggalkan dia. So tanak menghadapi drama airmata bagai, baheklah daku bermastautin sat di sekolah ni. Abes mesyuarat kang je terus sekaligus balik malas nak keluar dah... ;)
0 comments:
Post a Comment