♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, September 14, 2011

Bunyamin Demam

Di kala usianya menganjak ke 3 bulan 3 hari, Bunyamin demam. Taktau kenapa. Mungkin sebab cuaca. Memang musim demam, selsema dan batuk sekarang ni. Si abang dah kebah demamnya tapi masih ada selsema. Ayah juga kejap demam kejap kebah. Tinggal Mama saja masih bertahan.

Moga2 Mama terus bertahan hingga musim ini berakhir. Kalau Mama rebah, kesian anak2 tak terlayan. Kalau isi rumah lain yang demam, supermama ini insya-Allah masih boleh buat kerja2 rumah terutamanya melayan kerenah anak2.

sian tengok si comel ini demam
tapi cute pun sama bila tampal cool fever ni.. ;)

Bila dah jadi Mama, kena la kuat walau semua orang dalam rumah dah terbaring. Mama pastikan Mama minum banyak air, makan supplement, jaga pemakanan untuk mengelak Mama pun rebah sama. 

Allah, berikan hambaMu ini kesihatan yang baik untuk menunaikan perintah dan amanahMu dengan sebaik2nya..


Yang Ini Pun Best



2 comments:

♥MAMASYAZA♥ said... [Reply to comment]

ciannye budak bulat demam, tp mmgcuaca sekrg tak menentu, kejap hujan, kejap panas. sikecik akak pun baru je ok, giliran akak ngan en. abah le pulak

mamaIMAN said... [Reply to comment]

tula.. cian betul bila si kecik demam kan.. setakat ni mama masih bertahan.. ayah dah rebah, abang dah rebah.. harap2 kesihatan mama maintain.. tunggang langgang nanti kalo mama turut rebah..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥